Mama Eyda: 2014

23 December 2014

Senarai barang keperluan bayi dan ibu


Teks:rabiasensei.blogspot.com


credit:Google



Keperluan Baby ( Pakaian )
  • Bakul Pakaian Bayi
  • Baju Lengan Panjang @ Baju Malam
  • Baju Lengan Pendek @ Baju Harian
  • Seluar Panjang
  • Seluar Pendek
  • Baju Jalan-Jalan
  • Rompers & Jumpsuit
  • Mittens & Booties
  • Bonnet @ Topi
  • Baby Bib
  • Barut
  • Bedung
  • Sapu Tangan – 100% cotton supaya kulit baby tak melecet
Diapering
  • Napkin
  • Baby Pin
  • Diapers @ Lampin Pakai Buang
  • Wet Tissue
  • Changing Mat : Ini untuk lapik atas tilam. Untuk lapik kat tilam baby supaye tilam tak mudah kotor biler baby u'uk atau tetiba terkencing masa bukak baju dia.
  • Nappy Liners : Baby yang baru lahir sampai umur 1 bulan akan selalu u'uk, u'uknya pun bukan banyak, sikit je. Jadinya kalau guna nappy liner ni, bila baby u'uk buangkan je nappy liner ni, tak perlu tukar pampers baru.
  • Baldi Dan Bakul Untuk Lampin / Baju Kotor
  • Detergent Khas Pencuci Baju
  • Botol Sembur Air
Baby Care & Grooming
  • Bakul Barang Mandian
  • Baby Bath
  • Baby Shampoo
  • Baby Powder
  • Baby Lotion
  • Baby Oil
  • Tab Mandian Bayi
  • Tuala Mandi
  • Tuala Muka
  • Bakul Barangan Grooming & Health Care  
  • Minyak Telon
  • Nappy Rush Cream : Jenama Bepathen dan Melamine. Jenama Bepathen boleh juga guna sebagai nipple cream. 
  • Vicks
  • Methylated Spirit - Alcohol 70% : cuci pusat sebelum tertanggal. Kebiasaannya yang ini dibekalkan oleh hospital.
  • Gripe Water / Colic Water : Untuk kembung perut bayi
  • Gunting Kecil
  • Pemotong Kuku
  • Nasal Aspirator - Yang ini untuk baby ketika baby kena selsema.
  • Thermometer
  • Sikat / Berus Rambut
  • Toothbrush
  • Cotton Bud : Cotton bud untuk baby dan yang biasa kita guna adalah berbeza
  • Cotton Ball 
Barangan Breastfeeding
  • Botol Susu
  • Puting
  • Berus Pembersih Botol
  • Penyepit Botol
  • Sterilising Tablet
  • Cecair Pencuci Botol : Jenama Pureen
  • Breast Pump Set
  • Cooler Bag Set : Storage Bottle & Ice Gel
  • Warmer : Tempat menyimpan botol susu yang dah bancuh
  • Bottle Sterilizer
  • Storage Bottle
  • Nursing Cover
  • Nursing Bra 
  • Nursing Pad Washable : Jenama Fiffy
  • Nursing Pad Disposal : Jenama Bebe
  • Thermos
  • Nipple Cream


Note :


Rujukan untuk puting botol susu


Size s – 0 – 3 bulan
Size m – 3 – 6 bulan
Size l – 6 – 12 bulan
Size xl – 12 bulan ke atas
Puting x – 6 bulan ke atas (tak tumpah)





Nursering - Keperluan Tidur Baby
  • Set Tilam
  • Comforter
  • Kelambu @ Mosquito Net
  • Baby Cot @ Play Pen


Barangan Asas Untuk Mama & Keperluan Berpantang


  • Set Selepas Bersalin : Jenama HPA, Shaklee 
  • Bengkung 
  • Baju Sejuk   
  • Tungku Moden 
  • Rempah Mandian Herba : Ada banyak jenis. Memanaskan badan ibu bersalin. Boleh refer sini
  • Pilis Air Mancur : Melegakan sakit sakit di bahagian ubun dan pening kepala akibat berpantang. Boleh refer sini
  • Tuam / Tungku Baby : Untuk baby kalau kembung perut
  • Selipar
  • Kain Batik
  • Maternity Pad (Extra Long) :  Jenama Pureen
  • Nursing Bra
  • Breast Pad
  • Stoking
  • Minyak Urut : Minyak Mestika
  • Tuala Mandi
  • Tukang Urut
  • Air Zam-Zam / Selusuh
Kelengkapan Lain & Travel
  • Stroller
  • Car Seat 
  • Baby Carrier
  • Diapers Bag
  • Mainan untuk Play Pen
  • Bouncer
  • Beg Baby
  • Baby Warmer For Bottle : Ini untuk cairkan storage susu yang sejuk beku baru keluar dari peti ais. Ada orang suka rendam pakai air suam jer.
  • Nursing Cover : Senang kalau kene breastfeed kat public boleh cover.
  • Car Seat
Beg Hospital Mama


  • Buku Rawatan Merah
  • Kad Pengenalan
  • Guarantee Letter 
  • Telefon Bimbit
  • Kamera
  • Baju / T-Shirt
  • Kain Batik 
  • Tudung / Skaf
  • Stoking
  • Baju Dalam / Seluar Dalam
  • Tuala Muka
  • Peralatan Mandi
  • Tuala Mandi
  • Bedak
  • Sikat
  • Maternity Pad 
  • Pad Biasa
  • Breast Pad
  • Baju Sejuk
  • Selipar
  • Beg Plastik Baju Kotor 
  • Minyak Angin / Urut 
  • Beg Pakaian 
  • Getah Rambut 
  • Disposable Panties (1set)


Note :


Jangan lupa bawa baju yang akan digunakan untuk pulang ke rumah (bawa la yang lawa sikit and pilih yang longgar dan butang di depan. Mudah untuk menyusukan bayi)



Bakul Hospital Mama


  • Air Selusuh
  • Air Zam-Zam
  • Makanan / Minuman : ( Biskut/Roti/Milo 3in1)
  • Termos Panas
  • Majalah / Buku / Al-Quran
  • Tisu
Beg Hospital Baby 
  • Pampers New Born
  • Baju Siang / Malam (Panjang)
  • Seluar Siang / Malam (Panjang)
  • Mitten & Booties
  • Bedung
  • Barut
  • Topi 
  • Selimut
  • Tuala Mandi Baby 
  • Tuala Muka 
  • Baby Wipes 
  • Baby Bath 
  • Baby Shampoo
  • Baby Powder 
  • Baby Lotion
  • Baby Oil 
  • Vicks 
  • Minyak Telon
  • Diaper Beg
  • Napkin 


p/s : Pengsan ~~ 

Didik Anak-Anak Ceria & Positif


Beberapa idea yang boleh kita cuba praktikkan untuk membantu anak-anak ceria dan positif.


1. BERSYUKUR . Salah satu cara yang baik dan mudah untuk mendidik anak-anak supaya pemikiran mereka menjadi lebih positif adalah dengan mengamalkan kesyukuran . Setiap hari, minta anak-anak kita menyatakan 3 perkara yang mereka bersyukur kerana memilikinya. Pilih masa yang konsisten untuk berkongsi kesyukuran itu di antara satu sama lain (selepas solat maghrib sementara menanti masuk waktu ‘Isya misalnya) dan ulangi selama 21 hari sehingga menjadi satu tabiat . Do’a sebelum tidur juga boleh dijadikan ritual untuk menyatakan kesyukuran. Kajian menunjukkan bahawa ritual yang mudah ini mampu membantu otak mengimbas sesuatu kebaikan dan membantu mengukuhkan kenangan yang baik dan positif dari masa ke masa .


2. SENYUMAN. Senyuman yang terukir di bibir mempunyai keajaiban untuk meningkatkan mood dan pandangan kita. Apabila kita melihat seseorang itu tersenyum, neuron dalam otak kita menerima isyarat mesra dan memberitahu otak kita untuk membalas kembali senyuman tersebut. Aksi ini akan menyebarkan kegembiraan di persekitaran kita. Latih anak-anak supaya mudah tersenyum dengan sentiasa memberikan senyuman kepada kepada mereka terlebih dahulu.

3. JURNAL. Galakkan anak-anak untuk mengambil sekurang-kurangnya dua minit setiap hari untuk menulis pengalaman positif yang mereka lalui pada hari tersebut. Otak kita tidak boleh membuat perbezaan antara visualisasi dengan pengalaman sebenar, justeru dengan menulis jurnal tentang pengalaman positif yang dilalui memberi kesan positif dua kali ganda.

4. BERMAIN. Menetapkan sekurang-kurangnya 15 minit sehari untuk melakukan aktiviti yang menyeronokkan bersama-sama seperti bermain badminton, berbasikal bersama-sama, bermain sorok-sorok dan sebagainya. Tabiat yang menyeronokkan selama 15 minit ini bukan sahaja baik untuk kesihatan fizikal tetapi juga baik untuk mengurangkan risiko menghadapi tekanan dan kemurungan. 


Tips pasangan jarak jauh


Soalan Dilema Perkahwinan, Majalah Pa&Ma, OKtober 2012: "Saya dan suami tinggal berjauhan. Saya di Kuala Lumpur. Dia pula di Pulau Pinang. Kadang-kadang timbul rasa cemburu apabila dia selalu mengatakan sibuk untuk pulang berjumpa saya di Kuala Lumpur. Bimbang dia “pasang” yang lain. Boleh beri panduan untuk saya kekalkan perkahwinan jarak jauh ini."

JAWAPAN:

Menjadi pasagan suami isteri jarak jauh bukan satu fenomena biasa kebelakangan ini. Kerajaan sendiri telah mengisytiharkan wujudnya ‘keluarga komuter’ khusus bagi mengiktiraf dan mengambil tahu kebajikan individu-individu yang terlibat walau mungkin masih di peringkat awal.

Hakikatnya, jarak jauh bukan alasan untuk bercerai atau beralih arah atau pun putus kasih sayang. Secara logiknya, takkan ada halangan untuk capai bahagia walau berjauhan sebab kasih sayang yang ada di sebalik hubungan jarak jauh pasangan suami isteri ini juga berasal daripada individu-individu yang hidup berasingan sebelum ini. Rata-rata individu berkahwin dengan seseorang dari rumah yang berlainan, juga berlainan daerah malah negeri yg berlainan. Jika jarak jauh bukan alasan untuk bersatu, wajarkah jarak jauh dijadikan alasan untuk tidak lagi berkasih sayang? Sewajarnya bukan, betul?

Merujuk kepada kes, puan cemburu bila suami nyatakan kesibukannya menghalang dia balik bertemu puan. Bolah saya tau, berapa kerap suami puan pulang bertemu puan? Kekerapan pulang bertemu puan mungkin akan mengganggu belanjawan bulanan maka sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan adalah satu masa yang boleh diterima akal, bergantung pula kepada pendapatan suami dan puan sendiri. Biasanya, suami isteri yang benar-benar mengutamakan hubungan mesra bersama pasangan, akan mencari masa dan ruang untuk bersemuka dan bermesra sekurang-kurangnya sekali dalam masa dua minggu.

Mungkin mengganggu pendapatan tapi andai sanggup berkorban, wang bukan penghalang. Seperkara yang penting, andai suami tidak boleh pulang bertemu puan kerana sibuk bekerja, kenapa tidak puan yang pergi ke tempatnya? Pasti lebih seronok bila dalam kesibukan bekerja, ada isteri bersama untuk membantu menguruskan keperluan, malah mungkin memberi sokongan biar pun seketika. Tak boleh memandu berseorangan? Naiklah kenderaan awam, bas dan keretapi kan ada. Tak biasa ke sana berseorangan? Tak akan wujud pengalaman tanpa satu permulaan. Jika berkehendak, apa pun dugaan takkan jadi halangan.

Saya suka mencadangkan agar puan lakukan kejutan kepada suami. Bila dapat tau suami tak balik balik bertemu puan, rencanakan untuk pergi ke tempatnya tetapi jangan khabarkan. Ada dua sebab kenapa kejutan perlu: 1) menimbulkan teruja di hati suami dan 2) menjawab kemusykilan puan sendiri. Seperti luahan puan yang bimbang jika suami pasang yang lain, kejutan sedemikian pastinya membantu. Andai ‘selamat’, puan akan rasa lebih lega. Sewajarnya pun, puan tidak terlalu memikirkan mengenai orang ketiga. Dalam apa jua keadaan, puan perlu lebih kan percayakan suami tetapi bukan 100%. Memadai 99% dan baki 1% adalah agar puan berhati-hati dan tidak menyesal belakang hari.

Puan perlu ingat, syak wasangka puan terhadap suami boleh menjadi doa, seolah-olah puan mengharapkan sedemikian. Puan perlu faham tanggungjawab suami dalam melaksanakan kerjanya. Mungkin satu waktu dulu tidak sesibuk sekarang dan sibuknya waktu sekarang tak semestinya kerana dia ada orang lain. Puan perlu belajar memahami keadaan tersebut. Untuk lebih memudahkan puan, kejutan yang saya cadangkan boleh membantu. Namun, sekiranya ‘kantoi’, jangan puan pula terkejut. Siasat dulu sebelum mengambil tindakan yang perlu. Hingga detik itu belum berlaku, jauhkan segala perkara negative daripada mengganggu minda puan kerana ia bagaikan virus yang akan cepat merebak dan mengganggu pula hubungan puan bersama suami.

Langkah terbaik untuk mengatasi kekalutan tika berjauhan ialah melaksanakan komunikasi unggul. Tak perlu tinggal sebumbung untuk wujudkan komunikasi unggul. Kemudahan teknologi menghasilkan pelbagai bentuk alat komunikasi canggih dan mudah. Biar jarak berjuta kilometer, anda boleh wujudkan si dia di hadapan anda, boleh bertentang mata, bercakap dengannya secara bersemuka. Paling kurang, anda masih boleh mendengar suaranya secara langsung. Lantas, apa lagi alasannya? Jika mahu, anda punya seribu cara untuk mengekalkan kasih sayang anda bersama.

Khusus untuk puan dan suami malah pasangan jarak jauh yang lain, saya kongsikan beberapa tips untuk anda amalkan bagi mengekalkan hubungan agar terus kekal mesra dan saling memerlukan:-

Perkara paling penting ialah sentiasa sedar diri iaitu sedar mengenai status anda sebagai suami atau sebagai isteri. Bila anda sedar diri, anda akan berjaya mengawal diri agar tidak melakukan sesuatu yang melukakan hati pasangan malah sentiasa berusaha untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab anda sebagai suami atau isteri seperti yang disarankan oleh syarak.

Tip kedua ialah sentiasa wujudkan komunikasi unggul dengan pasangan. Jika berkemampuan, usahakan untuk ‘berkumpul’ bersama pasangan dan anak-anak minima sekali dalam masa dua minggu. Hingga tempoh tersebut, sentiasalah berhubungan sama ada melalui telefon atau chatting atau apa saja mekanisma komunikasi yang ada di zaman penuh canggih ini. Tiada alasan untuk menjarakkan hubungan biarpun berada berjauhan jika benar-benar menghayati dan menghargai kasih yang ada.

Tip ketiga; jangan sesekali cari pasal. Jangan cuba-cuba untuk menguji kesetiaan sendiri terhadap pasangan. Status sebagai suami atau isteri yang anda pegang bukan sekadar tertera di atas kertas tetapi adalah satu amanah dan janji anda kepada Yang Maha Esa. Anda berjanji untuk menyayangi pasangan anda, mencintainya dan membahagiakannya biar pun tika dia tiada di depan mata. Jika anda engkar, anda bukan saja tak setia kepada pasangan anda tetapi anda mengengkari janji kepada-Nya untuk mewujudkan satu hubungan yang penuh rahmah dan mawaddah (kasih sayang).

Tips keempat; bataskan hubungan anda dalam bergaul dan berkawan.Elakkan hubungan yang mesra terutamanya dengan rakan berlainan jantina. Penting; jangan selalu luangkan masa anda dengan seseorang sahaja khususnya yang berlainan jantina dan jangan juga berkongsi masalah dengan rakan berlawanan jenis.
Paling utama; berdoa. Sentiasa berdoa agar kasih sayang suami isteri sentiasa utuh, kekal dan mekar hingga ke akhir hayat. Tak perlu tunggu waktu solat sahaja sebaliknya berdoalah setiap ketika kecuali tika qadha hajat – buang air kecil atau besar. InsyaAllah, dengan segala ikhtiar dan doa anda kepada-Nya, kasih sayang suami isteri akan kekal bersemarak hingga akhirnya.

Bagaimana nak atasi cemburu bila dia tiada di depan mata? Cemburu tanda sayang tapi cemburu melampau atau cemburu tanpa sebab akan menjadi virus dalam rumahtangga. Bagi mengelakkan cemburu yang wajar, bataskan hubungan anda dan wajarkan cara anda berkomunikasi dengan rakan-rakan anda. Jangan pula sentiasa bersama berdua sahaja atau kerap berhubungan sama ada menerusi telefon atau SMS apatah lagi berhubungan tika masa yang tak sepatutnya contoh waktu lewat malam. Kenalkan rakan-rakan sekerja kepada pasangan. Bila rakan anda juga menjadi rakannya, cemburu buta takkan ada. Elakkan juga melakukan perkara yang pasangan tak suka contoh keluar berdua ke mana-mana bersama rakan sekerja walau atas urusan kerja.

Khusus buat diri yang cemburu pula, perlu kawal diri. Fahami keperluan pasangan tika melaksanakan tugasan. Percayai kejujurannya dan keikhlasannya. Ingat! Hubungan suami isteri adalah hubungan yang sah menurut syariat dan halal. Perkara halal memang tak digemari oleh syaitan lantas jangan benarkan syaitan menguasai diri anda. Isu kewangan juga bukan masalah utama jika bijak menguruskannya. Hiduplah sesuai dengan saiz periuk sendiri, bukan periuk orang lain. Suami laksanakan tanggungjawab yang wajib dan isteri membantu. Suami boleh gunakan waktu terluang yang ada kerana bersendirian tanpa isteri untuk melakukan kerja sampingan bagi menambah pendapatan. Hendak seribu daya, mahu seribu cara. Tak nak, satu alasan menutup setiap pintu yang ada.


Teks:Suzana Ghazali

20 AMALAN MUDAH REZEKI




Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:



1. Menyempatkan diri beribadah



Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:

"Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu. " (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)






2. Memperbanyak istighfar 

Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:
"Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)



3. Tinggalkan perbuatan dosa 



Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:

"... dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya." (Riwayat at-Tirmizi)




4. Sentiasa ingat Allah 



Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:

"(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram." (Ar-Ra'd: 28)




5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa 



Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:

"Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya." (Riwayat Abu Ya'ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
"Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya. " (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)




6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah 



Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:

"Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu." (Riwayat Bukhari)




7. Tunaikan hajat orang lain 



Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:

"Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya..." (Riwayat Muslim)




8. Banyak berselawat


Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a'lam.




9. Buat kebajikan banyak-banyak 



Ibnu Abbas berkata:

"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya. "




10. Berpagi-pagi 



Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.




11. Menjalin silaturrahim 



Nabi s.a.w. bersabda:

"Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya. " (Riwayat Bukhari)




12. Melazimi kekal berwuduk 



Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda: "Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki." (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)




13. Bersedekah 



Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:

"Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya." (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)




14. Melazimi solat malam (tahajud) 



Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah .




15. Melazimi solat Dhuha 



Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:

"Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya."(Riwayat al-Hakim dan Thabrani)




16. Bersyukur kepada Allah



Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:

"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." (Ibrahim: 7)

Firman-Nya lagi: "... dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur." (Ali Imran: 145)




17. Amalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu 



Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma'ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki. Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki. Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca

"Ya Allah ya Fattah" berulang-ulang, diiringi doa: "Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim." Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi'ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a'lam.




18. Berdoa 



Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.




19. Berikhtiar sehabisnya 



Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim) Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.




20. Bertawakkal 



Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:

"Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) ." (At-Thalaq: 3)

Nabi s.a.w. bersabda:
"Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang." (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)




Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. "Dengan takwa, Allah akan berijalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya." (At-Talaq: 2-3) Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.


Ya Allah..

Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan;aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan;aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil;dan aku berlindung kepada-Mu daripada bebanan hutang dan kekerasan manusia..

OUr LoVe JouRney.. Alhamdulillah..

Daisypath Anniversary tickers

My Beautiful Journey Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign