Mama Eyda: March 2014

30 March 2014

Tip bina keyakinan diri Part I

Teks:Nor Raidah Rashid

Bismillahirrahmanirrahim 
Alhamdulillah


Gambar google



"Saya antara yang TERBAIK..."

Maaf  puji diri sendiri.Lagipun cantik itu subjektif & semua orang bijak kerana kita memiliki akal.Jangan harapkan orang lain yang akan  puji kita,Sekadar untuk  kita  lebih berkeyakinan.Bukanlah niat dengan  rasa riyaktapi untuk kita lebih  bersyukur apa yang kita ada dan tidak mengharapkan apa yang kita tidak ada,barulah hati kita sentiasa bahagia,hidup pun makin ceria.Lagipun kitalah yang sepatutnya menguasai Dunia kita.

Harap posting ini boleh menjawab persoalan seorang teman.

Adalah sedikit  5 tips yang boleh saya kongsikan untuk bina keyakinan diri.

::1-Gantikan Rendah Diri dengan rendah Hati::

Ini tip yang saya dapat dari ceramah dr Prof Muhaya .Bila kita miliki sifat Rendah Diri kita akan reaktif dengan hidup kita iaitu merasakan diri kita serba kekurangan. Hal ini  menghalang diri kita untuk lebih kreatif untuk keluar dari masalah.

Sepatutnya kita perlu bersyukur dengan apa yang kita masih ada.Jadikan kekurangan  yang ada pada diri dan pegalaman yang tidak enak sebelum ini  digunakan untuk  menaikkan semangat hidup dan mengubah hidup kita kearah yang lebih baik.Anggaplah apa yang telah terjadi sebagai bayaran kursus pembelajaran untuk mendapatkan ilmu kehidupan.

Berbeza pula dengan orang yang mempunyai sifat rendah hati...

Apa itu rendah hati?

Iaitu seseorang yang mempunyai kelebihan dari orang lain,tetapi dia tidak pula merasakan kelebihan itu membuatkan dirinya meninggi diri.Sentiasa merasakan kelebihan yang dia miliki datangnya dari Allah s.w.t.Pandangan Allah s.w.t yang dia amat pentingkan dan tidak mengharapkan  pujian manusia.

Gambar google
 Orang yang mempunyai sifat rendah hati akan sentiasa memajukan dirinya dan ada matlamat yang hendak dicapai dalam hidup tetapi dalam masa yang sama megambil berat pandangan agama dalam setiap apa yang dia lakukan.

Kesimpulannya apa yang penting adalah kita syukur dengan segala nikmat yang ada ,barulah kelemahan menjadi kekuatan kita.Pedulikan Nafsu kerana Nafsu lah yang menimbulkan keraguan pada kelemahan.



::2-Hargai diri sendiri dan jangan bandingkan diri kita dengan orang lain::

Tapi tidakalah bermaksud kita tak boleh admaire sesiapa untuk menjadi inspirasi kita. Saya pun ada orang-orang yang saya kagum .

Sape ?

hehe..Ramai sangat.Malah ada dikalangan kawan-kawan saya sendiri.Kerana, apabila kita megenali diri seseorang secara mendalam akan ada ilmu yang kita dapat belajar secara tidak sedar .Alhamdulillah kerana dikurniakan kawan-kawan yang membina.

"Orang yang paling paling BAHAGIA dalam hidupnya adalah orang yang tidak selalu MEMILIKI sesuatu yang TERBAIk dalam hidupnya,tapi hanya selalu BERUSAHA untuk BERSYUKUR & menjadikan setiap APAPUN yang hadir dalam hidupnya  menjadi yang TERBAIK"

Kali ini saya nak bagi sikit tip macammana kita hendak megambil ilmu dari orang-orang yang berjaya ini dengan satu teknik..

Gambar google
TEKNIK PEMERHATIAN MENDALAM.....

Misalnya kita mahu terlibat dalam MLM  dan ingin turut  berjaya didalamnya dan ingin mempunyai kemahiran yang sama dengan orang yang terlibat dalam bidang tersebut.

Setiap kali bermesyuarat bersama 'pakar-pakar ' ,beri perhatian mendalam terhadap tingkah laku,pemikiran,prestasi, dan pertuturan individu yang ingin dicontohi.

Dalam masa yang sama otak kita  akan menganalisa dan mengkritik sesuatu perkara yang dilakukan ,kemudiannya persoalan seperti ...

Apa?..Kenapa?..Bagaimana ?

dan soalan-soalan yang perlu bagi memahami mereka.Lama kelamaan gaya pemikiran dan kemahiran yang hampir sama dapat dibentuk dalam diri kita. Untuk senang faham duplicate saja apa diorang buat.-SAR

Sambungan Part 2 






PWTC:Celik Family Kuala Lumpur, Dis 2013

Teks: Nor Raidah Rashid




 Slot "Refleksi Diri Bersama Prof Muhaya"




Slot "Rumahku Syurgaku" bersama Ust Roslan".



Sesi soal jawab bersama semua penceramah

Persembahan dari Nora



"Saya ingin menjemput  beberapa orang peserta untuk bersama-sama saya di atas pentas "

Seorang peserta naik ke pentas.

" Ikut seperti  saya arahkan ,angkat tangan separas bahu & keraskan ,andai  saya tekan, pertahankan jangan bagi jatuh, lawan tangan saya "Kata Prof.

Manakala audien diminta menjalankan peranan mereka dengan mengatakan hanya perkara buruk pada peserta.Teryata peserta tersebut tidak mampu mempertahankan tangan .Experiment ini bagi membuktikan bahawa pemikiran kita sebenarnya  mempengaruhi fizikal kita .Peserta tersebut terpengaruh dengan kata-kata dari audien menjadikan dia lemah untuk mempertahankan tangannya. 

Oleh itu, amat penting kita memandang setiap perkara  yang berlaku dengan positif ,dengan mengubah cara pandang setiap masalah tersebut .Kitalah yang berhak menentukan haluan hidup kita dengan mengambil kira pandangan Allah & dengan memberi tumpuan pada bulatan pengaruh kita(hal-hal yang boleh kita kawal).

Semuanya bermula dari kita sendiri.Andai kita tidak bijak dalam menangani masalah-masalah dalam kehidupan ,hal ini akan mempengaruhi banyak perkara dalam kehidupan terutamanya kesihatan .Inilah yang ingin difokuskan dalam program ini terutamanya dalam kehidupan berkeluarga.

"Kehidupan adalah apa yang kita beri kepada setiap perkara yang berlaku"

Walaupun program ini hanya sehari ,namun memberi banyak ilmu kehidupan yang saya dapat .Bagi saya ia lebih kepada perkogsian santai oleh penceramah yang diundang ,begitu juga perkongsian pengalaman daripada peserta-peserta .

Apa yang saya dapat simpulkan dari program ini:


1-Lihatlah dunia ini dari jendela akhirat.

Maka,kita akan yakin bahawa dunia ini sementara dan apa yang ada didalamnya pasti akan hancur.
Gunakan segala yang kita ada ; nikmat kesihatan,kekayaan ,anak-anak dan lain-lain untuk bekalan akhirat kita.Jangan kedekut untuk memberi kerana apa yang kita beri pasti akan kita dapat balik,mungkin Allah gantikan dengan bentuk yang lain.

Ada ->Beri-> Dapat

"Tindakan orang mati sebelum mati ",kata Prof.

2-Berhijrah mencari redha Allah s.w.t

Sentiasalah bermuhasabah agar semua benda yang kita miliki misalnya harta yang kita miliki terjauh dari unsur syubhah ,apatah  lagi yang haram.Yakin akan rezeki datang dari Allah s.w.t ,Insha Allah jika kita berani berhijrah ke arah mencari yang halal demi redha Allah s.w.t. , Dia akan aturkan  rezeki yang lebih baik ,mungkin bukan dari segi duit tapi hal-hal yang lebih kita perlukan .

Apatah lagi sebagai ibubapa hal-hal yang berkaitan syubhah ,halal & haram ini amat perlu dijaga kerana ia mempengaruhi perbentukan peribadi isteri dan anak-anak.

3-Hubungkan silaturrahim

Antara syarat doa akan dimakbulkan adalah memilihara silaturrahim dengan berkasih sayang.Saya tertarik dengan prinsip kasih sayang yang prof katakan, '"Untuk  disayangi kitalah dahulu  perlu menyayangi barulah kita akan disayangi.....".

Dan ketika menegur orang tegurlah secara bijaksana.Tinggikan akaun positif orang tersebut dahulu dengan berbuat baik padanya, barulah tegur ,insha Allah dia akan lebih mudah menerima.

Apapun untuk mendapat kasih sayang manusia ,kita perlulah menjaga hubungan dengan Allah s.w.t dahulu ,insha Allah Dia akan menggerakkan hati-hati manusia menyayangi kita.Bukankah hati-hati  manusia ditangan Allah s.w.t!

Banyak yang ingin dikongsi .Insha Allah di lain masa.Untuk yang sudah berkeluarga ,"Jangan cari bahagia dalam rumahtangga tetapi kitalah yang perlu bawa kebahagiaan itu...".-SAR



" Keep Smile,Be Happy,Happiness is a journey...not a destination"








What you FOCUs will EXPAND,So think positive and make the right choice for the better live!! 

Ya Allah..

Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan;aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan;aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil;dan aku berlindung kepada-Mu daripada bebanan hutang dan kekerasan manusia..

OUr LoVe JouRney.. Alhamdulillah..

Daisypath Anniversary tickers

My Beautiful Journey Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign