Mama Eyda: April 2014

14 April 2014

Mimpi seorang wali mengenai kubur.

Teks:

Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah


Al kisah..

Dlihat ramai orang mengali-gali mencari sesuatu tetapi dia hairan ada seorang tua yang sedang duduk berehat ,tidak sibuk seperti mana yang lain.

Wali itu berasa pelik lantas bertanya .Apa yang mereka kutipkan? Jawab si tua tersebut pahala sedekah orang-orang mukmin."Tetapi mengapa tuan berehat sahaja tidak lakukan seperti mereka?"Jawab orang tua tersebut ,"pergilah ke pasar  dan carilah seorang penjual daging".

Kerana ingin tahunya yang mendalam , si wali terus ke pasar yang dimaksudkan  untuk bertemu si penjual daging .Dia memerhatikan sikap si penjual daging tersebut yang yang amanah dalam berniaga lantas mendekati si penjual daging tersebuat dan bertanya samaada si penjual tadi ada saudara mara di perkuburan tersebut?

Ya ada..ayah saya .

Wali tadi bercerita mimpinya lantas bertanya amalan apakah yang telah dia lakukan sampai ayah nya boleh berehat-rehat.Kata si penjual daging ,dia sentiasa mengunakan masa dengan  membaca al-quran setiapa kali pelanggan tiada dan berdoa andai ada kebaikan pada yang dibacanya ,dia sedekahkan pahala quran itu untuk ayahnya.

                                   Anak itu NIKMAT..Anak yang soleh/hah  itu RAHMAT

Subhanallah..beruntunglah si ayah dan ibu.-SAR


“Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”
 (Surah al-Isra’ (17) ayat 24)



                                                                       kredit



[Perkongsian "Mulianya Al-Huffaz" U .Asni Tanyalah ustazah TV9]




01 April 2014

Resepi bahagia rumahtangga buat pencinta di gerbang halal

Teks: Nor Raidah Rashid


Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah


"Perkahwinan bukan sekadar mencari yang terbaik tetapi yang lebih dari itu menerima kelemahan pasangan....",pesan seorang teman.

Membina rumah tangga bukanlah mudah .Jika tiada perselisihan faham dan pergolakan adalah perkara biasa dalam berumah tangga namanya.

Disinilah perlunya mujahadah dan juga kebijaksanaan dalam menguruskannya .Ego perlulah direndahkan agar mudah di ajak berbincang  , selalulah berlapang dada dan meraikan setiap perbezaan.

Belajar menguruskan  kemarahan dan bersikap pemaaf , ini kerana kemarahan luar kawal dikhuatiri boleh mencetuskan pergaduhan besar.Sekiranya terjadi perselisihan faham salah seorang perlu memujuk atau meminta maaf ,belajarlah lebih bertimbang rasa antara satu sama lain.

Kenali pasangan terutama perkara-perkara yang dia suka atau tidak,ini menunjukkan keprihatianan dan ambil berat kita terhadap pasangan ,kelebihan ini dapat digunakan sebagai panduan untuk menjaga hati pasangan kita ..InshaAllah rumahtangga yang mekar dengan keberkatan, sakinah,mawaddah dan rahmah akan terbina andai dilayari sebagaimana dituntut dalam  islam.

Suami dan isteri masing-masing mempunyai peranannya sendiri .

Si suami perlulah banyak bersabar dalam mendidik isteri dan anak-anak mereka.Si  isteri juga perlulah bersabar dan tidak jemu dalam mentaati suami dan memberikan khidmatnya demu redha Allah Ta'ala.

Sentiasa berlapang dada dan bersangka baik dalam mengharungi perit jerih ujian ketetapan Sang Pencipta,is bukanlah  terbina secara mudah dengan riang tawa dan madah-madah cinta.

Dalam berumah tangga ada beberapa fasa atau tempoh  yang dikenali sebagai pra perkahwinan.Dalamtempoh 1-2 tahun ,ia dikenali sebagai pasca pra kenali pasangan .Antara 3 hingga 6 tahun tempoh kenali pasangan dengan lebih mendalam.

Manakala 10 tahun ke atas tempoh mengenali pasangan dengan lebih lagi mendalam Umum berdasarkan kes -kes masalah rumah tanggapergolakan akan berlaku dari tempoh dua hingga tiga tahun.Kerana disinilah akan nampak sikap sebenar.Mungkin juga disebabkan ekonomi keluarga atau lain-lain.

Teringat pesan Puan Suzana Ghazali iaitu seorang peguam syariah,"Bila berkahwin dengan orang yang tidak sama sikap,minat dan hobi alasannya payah nak serasi.Bila berkahwin dengan orang yang sama sikap,sama minat dan sama hobi alasan diberi adalah bosan dan tiada kelainan.Kalau sentiasa mencari dan mencari alasan,nasi ditangan pun tak mampu ditelan.Pasangan bererti saling menyempurnakan.Bila  tidak sama,ciptalah kesesuaian .Bila tidak sama cipta kelainan sebagai kejutan.Hendak seribu daya ,mahu seribu cara!Kalau tak nak ,satu alasan menutup segala peluang yang ada...".

Apapun yakinlah buat pencinta di gerbang halal ,suka duka itu berpahala ,apabila niat kita bercinta adalah kerana Allah S.W.T dan demi syurga-Nya.Jesteru usahlah berputus asa tatkala tiba musim berduka ,kerana sehebat mana pun badai yang melanda ..inshaAllah pasti akan ada pelangi indah yang muncul selepasnya.-SAR


"...Wahai Tuhan kami , berikanlah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan kami melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang(mahu) bertakwa"-Al-Furqan ayat 74 











Note:

Untuk lebih perkongsian ilmu tentang alam rumahtangga.Jenguklah posting ini  dan ini



P/s:

Perkahwinan banyak mengajarku sikap sabar dan bertimbang rasa.Buat suamiku terima kasih atas kesabaranmu dalam mendidik , moga redha Allah Ta'ala sentiasa bersama-mu.dan Allah Ta'ala memudahkan urusan kita.Syukur Ya Allah atas kurniaa-Mu ini moga kami dapat berpimpin tangan hingga ke jannah ameenDah hari ke-4 suami offshore moga abang dimudahkan urusan dan cepat balik.Mengajarku erti berlapang dada & sabar.Senyum.


Ya Allah..

Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan;aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan;aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil;dan aku berlindung kepada-Mu daripada bebanan hutang dan kekerasan manusia..

OUr LoVe JouRney.. Alhamdulillah..

Daisypath Anniversary tickers

My Beautiful Journey Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign