Mama Eyda: May 2014

20 May 2014

Cara habiskan air putih 8 gelas sehari


Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah

google

Minum air putih dengan banyak sudah menjadi tabiat saya sejak di alam universiti lagi .Ini berjangkit dengan dengan roommate  yang ingin diet  (kepentingan air putih  untuk diet telah saya jelaskan dalam entry sebelum ini).Sini.

Tertarik dengan amalannya saya praktikkan pada diri sendiri,bukan untuk diet hanya untuk kesihatan apatah lagi saya seorang pesakit psioriasis yang  mana amat penting untuk memastikan kulit sentiasa lembab .Tentang pengalaman psioriasis yang selalu ’ on ‘ & ‘off ‘ini akan saya ceritakan nanti ,InshaAllah.

Hanya bermula dengan 8 gelas sehari air putih, kini  saya sudah boleh habiskan 3 liter dalam sehari dan menjadi kebiasaan.Malah orang disekeliling saya pun perasan akan tabiat ini,lebih-lebih lagi ibu mertua.Dalam banyak-banyak air putih yang saya minum saya paling suka air dari telaga rumah orang tua saya dikampung,rasanya agak lain,ada rasa manis sikit,mungkin ini kelebihan air dari mata air.

Cara paling mudah habiskan 8 gelas sehari:

*Sebelum tidur =1 gelas air (Untuk mengelak serangan strok atau jantung ketika tidur)
*Bangun tidur=2 gelas air(Baik untuk sistem penghadaman)
*Sebelum selepas solat 5 waktu=5 gelas air
*Sebelum mandi=1 gelas air(Rendahkan tekanan darah)

Semua 9 gelas..opss terlebih pula..Done!.. mudahkan..

Ada yang tanya macammana saya boleh abiskan 3 liter sehari air putih ?

Tips ini mungkin boleh membantu:

Saya akan pastikan saya habiskan 2.5 liter sebelum pukul 6 petang dan disambung 500 ml lagi selepas itu.Kebiasaanya saya akan mulai minum ketika baru bangun dari tidur,ketika mengambil supplement,sebelum makan dan sebelum tidur.Botol air putih letakkan ditempat mudah untuk kita capai contohnya di dalam bilik tidur atau di atas meja kerja .Secara purata setiap 2 jam saya akan habiskan 500 ml pada sebelah siang.


Minum sedikit demi sedikit kerana ini memberi kelebihan untuk tubuh  lebih banyak waktu untuk menyerapnya.Elak minum banyak sekaligus kerana ini akan memperkecilkan tekanan pada jantung(terutama jika anda ada penyakit jantung).Sangat penting agar tidak bernafas dan menghembus air yang diminum kerana gas karbon dioksida yang dikeluarkan dari mulut akan bercampur dengan air  menjadi karbonik asid iaitu asid lemah.Juga jangan disulam air ketika makan. 

Sharing is Caring ! J

Keperluan air putih untuk setiap individu

Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah

google
Saya sambung lagi entry tentang air putih.Kali ini tentang jumlah keperluan air bagi setiap individu.Secara purata setiap 25 kg anda memerlukan 1 liter air dalam sehari.Jumlah pengambilan air juga bergantung kepada aktiviti seharian dan juga mengira faktor persekitaran contohnya cuaca, ibu menyusu dan sebagainya.

Bagi pengamal supplement,air mestilah diambil sebanyak 3 liter air sehari,lebih-lebih lagi bagi ibu yang menyusu yang mengamalkan supplement .Ini untuk menyingkirkan toksin dari badan dan membaiki sel-sel yang rosak ,juga menstabilkan kepekatan darah(supplement  adalah berbentuk kandungan pekat,pengambilannya akan menyebabkan darah menjadi pekat) dan meningkatkan proses penyerapan vitamin.Apatah.Kekurangan air boleh menyebabkan healing crisis pada peringkat permulaan bagi pegamal supplement( tidak semua orang bergantung kepada tubuh seseorang).

Salah satu sebab utama saya menjadikan tabiat air kosong sebahagian dari hidup saya kerana saya adalah pengamal supplement tegar .

Tidak dinafikan pada mula mengamalkan agak kerap untuk ke tandas tetapi lama kelamaan tubuh akan kembali normal.Pada keadaan biasa pundi kencing dikosongkan setiap empat jam ,jadi jika kita membuang air kecil enam hingga tujuh kali sehari adalah perkara normal bagi individu sihat yang minum air secukupnya.

Pundi kencing bertindak sebagai tempat menyimpan air kencing dan boleh mengemmbang untuk menampung sehingga 350 hingga 550 mililiter  air kencing.Kita biasanya terasa hendak buang air kecil apabila kandungan pundi kencing lebih kurang 200 mililiter,tetapi kapasiti normal ialah sekitar 400 mililiter,yang tidak normal jika anda kerap bangun malam untuk buang air kecil .Kerap buang air kecil pada siang adalah baik kerana ia proses semula jadi untuk singkirkan toksik dan buangan dari badan.

Sharing is Caring ! J


Kebaikan minum air putih

Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah

google


Antara kebaikan-kebaikan minum air putih.

1-Menguruskan badan

Proses pembakaran kalori memerlukan bantuan air agar lebih efektif .Dalam kata lain air mempengaruhi metabolism tubuh.Ketika tubuh membakar kalori,tubuh juga mengeluarkan toksin,air dalam tubuh akan memainkan peranan untuk membantu menyingkirkan toksin ini melalui perkumuhan.Jadi jangan jadikan alasan kurang minum air kerana kerap ke bilik air kerana yang dibuang adalah toksin dalam badan.

Apabila berlaku hidrasi(kekurangan air dalam badan), ia akan menyekat pengaliran darah dalam tubuh dan mengurangkan bekalan oksigen dalam otot  dimana anda akan cepat terasa letih.Apabila ini berlaku anda pasti tidak mampu untuk melakukan senaman atau bergerak aktif untuk membakar lemak.

2. Melancarkan sistem pencernaan

Air juga berfungsi menjaga proses pencernaan. Sekiranya air di dalam tubuh kurang, usus besar akan menyerap kembali cecair dari kotoran. Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya sembelit atau sukar buang air besar kerana terlalu kering.

Disamping itu,air penting untuk melarutkan hasil sampingan metabolism  seperti asid uric dan urea yang diangkut oleh darah ke buah pinggang,kekurangan air memaksa buah pinggang bekerja lebih keras untuk menapis bahan toksik dan lama kelamaan ia boleh menyebabkan kerosakan organ penting ini.

3. Melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser

Pengambilan jumlah air yang mencukupi juga telah menunjukkan mampu untuk mengurangkan risiko kanser usus sebanyak 45% dan risiko kanser pundi kencing sebanyak 50%. Ia juga berpotensi untuk mengurangkan risiko kanser payudara.

4. Perawatan kecantikan

Air melembutkan kulit secara semulajadi.Sel kulit manusia memerlukan lemak dan air mencukupi untuk kelihatan lembab dan tidak kering.

5. Tubuh lebih segar dan sihat
Khasiat air kosong bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika tidak minum air. 
Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia .Ia berperanan menyeimbangkan suhu badan manusia dengan pengambilan yang mencukupi.Kekurangan air kosong semestinya kelihatan kurang bermaya dan tubuh akan berasa sedikit panas .Kita boleh rasai sendiri gejala-gejala ini sebelah petang ketika berpuasa.Banyak minum air juga boleh mengelakkan pening kepala
Air  juga merangsang system pertahanan badan ,metabolism sel dan mengurangkan sel menjadi tidak normal dan merendahkan peluang mendapat jangkitan.Air menjadi bahan asas paling utama untuk aktiviti dan kawalan suhu badan ,ia membolehkan darah menghantar oksigen  dan nutrient ke seluruh badan,kekurangan air menjejaskan proses ini dan khasiat makanan tidak dapat diagihkan ke seluruh badan .
6. Menyihatkan jantung
Air putih juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung. Air amat penting untuk tubuh kerana tekanan darah akan lebih konsisten sekaligus membuatkan jantung berfungsi dengan lebih konsisten.Bahkan pada saat ini juga sudah banyak perubatan altenatif yang memanfaatkan penggunaan air putih. Satu kajian selama enam tahun pada tahun 2002 oleh American Journal of Epidemiology mendapati mereka yang minum lebih daripada 5 gelas air sehari adalah 41% kurang berisiko meninggal dunia akibat serangan jantung
7. Ubat kepada penyakit strok

Air putih tidak hanya digunakan untuk mengubati berbagai penyakit kulit, namun sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana air dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.
Sharing is Caring ! J


15 May 2014

Novel Saya Tunggu Awak oleh Bonda Nor

Teks: Nor Raidah Rashid

Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah



Novel yang dikarang oleh Bonda Nor ini  bagi saya lain dari yang lain.

Novel ini mengisahkan pergelutan perasaan Hanna mendepani  pergolakan jiwanya dengan meletakkan syariat di tempat utama apabila diuji dicintai seorang  lelaki iaitu Rafiq yang juga merupakan pelajarnya ,dalam masa yang sama status dirinya masih lagi isteri orang.Apatah lagi Rafiq mempunyai ciri-ciri yang diingini oleh kebanyakan wanita.

Masya –Allah ,letihnya saya nak bercakap tentang perkara ini !Listen to me ,Rafiq I’m married ,okey?Kalau pun awak betul-betul sukakan saya ,dan saya pun betul-betul cintakan awak,selepas itu apa?Awak nak kita bercinta?Awak nak saya bercerai dengan suami saya?Atau awak nak saya diam-diam curang terhadap dia? Tell me Rafiq?Apa yang awak harap sebenarnya?”,Hanna.

“…kalau betul awak sayangkan saya jangan jadikan saya isteri yang derhaka .Kalau betul awak cintakan saya,jangan hantarkan saya ke pintu neraka..”,Hanna.

Dalam tidak langsung mentarbiah para pembaca cara bagaimana meningkatkan kualiti keimanan dalam menempuh hidup berumah tangga.Banyak pengisian jiwa yang menarik sepanjang saya menghabiskan novel ini.

“…dalam rumah tangga ini ,bayakkan mengalah.Don’t expect too much from our spouse.Mana kita boleh buat kita buat.Semua itu ada nilai disisi Allah s.w.t..”,Hanna.

Saya juga kagum dengan kebijaksanaan Hanna dalam membimbing suaminya dan bersabar di atas kekurangan suaminya Farhan .

“Abang asyik fikir tentang kegagalan abang sebagai suami.Selama ini abang tidak terbuka nak berbincang  dengan ayang tentang perkara ini.Abang malu.Tapi kali ini abang tak nak peduli tentang ego abang lagi .Abang tahu abang tidak layak untuk bercakap soal maruah sebab selama ini memang abang sudah lama abang hilang maruah abang sebab gagal beri nafkah pada isteri dan anak-anak”,Farhan

Adakah cinta Rafiq akan bersambut? Mampukah Hanna menghadapi ujian perasaan  ini? Untuk mengetahui lebih lanjut dapatkan novel yang menarik ini.-SAR







Ya Allah..

Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan;aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan;aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil;dan aku berlindung kepada-Mu daripada bebanan hutang dan kekerasan manusia..

OUr LoVe JouRney.. Alhamdulillah..

Daisypath Anniversary tickers

My Beautiful Journey Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign