Mama Eyda: November 2014

30 November 2014

Cara didik anak mengikut peringkat umur - Dari Video Ust Fawwaz

Bismillahirrahmanirrahim




Mencari yang halal dalam pelaburan KWSP oleh Ust Zaharuddin

Bismillahirrahmanirrahim

Perkongsian ceramah Dr Zaharuddin berhubung dengan KWSP




23 November 2014

Buku Pink Klinik kesihatan




"Buku pink"

Pasti yang bakal menjadi ibu familiar tentang buku pink ini kerana ia menjadi salah satu prosedur bila seorang wanita itu hamil.

Sekiranya buka di klinik swasta buku biru kalau tidak silap saya .Andai buka di klinik swasta eloklah buka buku pink juga di klinik kerajaan .Bukan apa.. takut klinik kerajaan layan acuh tidak acuh bila kita rujuk pada mereka andai ada masalah tentang kandungan.Jadi ,nak selamat buka buku pink dan buat pemeriksaan bulan-bulan di klinik swasta .Itulah pesan-pesan kawan saya.

Saya lebih suka buat kat klinik kerajaan kerana diorang lebih teliti,,..dan jimat duit.

Syukurlah walaupun saya buka lewat tidaklah kena marah..yerlah kandungan dah 16 minggu..hihi..mungkin sebab ibu  sihat kot dan juga orang tidak ramai lagi..siap borak-borak lagi dengan nurse.

Disebabkan dah masuk 16 minggu dan baru buka buku pink lamalah sikit ambik masa .Dalam tiga jam juga ,tupun sebab datang awal ,sebelum pukul 8 pagi.Untuk yang baru nak buka survey dulu klinik kerajaan tersebut sebab setengah klinik kena buat appoinment dulu dan lebih baik buka di tempat yang kita nak lahirkan baby sebab mudah untuk nurse pergi tengok bila anak lahir nanti.Tapi kalau buka kat luar kawasan kita pun boleh nanti nak lahirkan maklumkan kepada nurse .

Bawa salinan i/c kita dan suami ,dan juga salinan kad kawin.Suami pun kena ikot sebab kena ambil darah untuk buat HIV test.Suami saya tak dapat datang kali ini kerana offshore jadi nurse suh datang lain kali ,katanya tidak perlu buat appoinment ,datang lain kali cakap kat kaunter nak buat HIV test untuk suami.

Jakun juga lah saya masa mula-mula masuk ke klinik tue,tapi ok lah sikit sebab ada tanya kawan-kawan tapi macam-macam versi pula bila tanya orang nie ..comfius pula..last sekali wat research kat blog-blog..hihi.

Sebelum datang saya dah buat appoinment , jadi terus ke kaunter ambil nombor dan cakap dekat nurse nak buat buku pink.

Ada 5 check point yang mesti  lalui  .

Pertama; Nurse akan ambil berat dan tinggi kita dan juga tekanan darah.

Kedua;Kena buat ujian darah untuk Hiv dan talesemia,debar sungguh bab ambik darah nie ..alhamdulillah takde pape ,cucuk terus dapat.Nurse ambik kat lengan.Bila siap,nurse minta bawa sekali sempel darah tadi ke makmal.

Ketiga;Di makmal check air kencing untuk kesan ada protein atau tidak.Setiap kali buat pemeriksaan memang kena buat.Sekejap jer tidak sampai 10 minit pun. 

Keempat; Nurse akan periksa payudara dan ajar cara periksa sendiri  dibimbangkan ada ketulan ,biasanya tika mengandung inilah boleh kesan kerana ia turut membesar.Adalah juga dia tekan perut dan tanya kalau ada urat-urat timbul atau kaki bengkak.Sambil-sambil tue nurse interviu lah sikit untuk kemas buku pink kita tentang latar belakang kesihatan keluarga sebelum jumpa doktor dan bagi nasihat kesihatan .Dia tanya juga kalau kita ada ambil apa-apa supplement atau ubat.

Kelima ; Jumpa doktor dan scan .Debar dan suka bila tengok degupan jantung anak.Allahuakbar,tak sangka pun ada sebab perut kecil lagi. Doktor adalah tanya kenapa buat lewat..hihi..dia tanya juga takde rasa gerak-gerak ke sebab perut kecil,tahlah..takde pegalaman lagi kalu rasa pun ingatkan benda lain.

Bayak sebab kenapa buat lewat bukan sengaja pun .Alhamdulillah ibu dan anak sihat .Hb pun elok ,kesan daripada makan banyak buah betik masak.

Lega bila selesai buat buku pink .Bulan depan pula.Saya tidak mengamalkan vitamin hospital ,banyak ambik supplement shaklee jer untuk kandungan  ,setakat ini alahamdulillah kesihatan masih ok .

Tahlah sejak dulu lagi semua ubat doktor bagi jarang masuk dalam tubuh melainkan terpaksa..penadol pun dah bertahun tidak makan .

Andai demam,biasanya eyda akan banyakkan minum air,jaga tidur ,jaga makan dan ambil supplement seperti vitamin c ,b complex atau minyak kelapa dara,agar antibodi tubuh yang lawan balik.Biasanya tidak ambil masa lama untuk sembuh balik.Mungkin kadang-kadang kita demam sebab badan bagi amaran kita perlukan rehat.Cuma sekarang pergi jugalah klinik kalau demam untuk check denggi ,untuk langkah berjaga-jaga..nauzubillah.

Semoga dipermudahkan mengandungkan anak ini dan melahirkan dia nanti.

Ya Allah makbulkan lah doa semua pasangan yang inginkan cahaya mata..-SAR


Note:
Moga bermanfaat sebagai rujukan untuk yang blur-blur macam saya. 
Setiap buku pink ada dilekatkan perlekat kod warna disebelah kanan.Kalau tidak ada masalah pape dapat warna putih.Saya hijau tue cz ada sakit kulit sikit,tapi doktor kata tidak menjejaskan baby pun cuma untuk rujukan doktor.


Nor Raidah Rashid ,Shaklee Independent Distributor
SMS | Call | Whatsapp:
013 – 9708169 





09 November 2014

1st Anniversary- Izz & Eyda

Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah

Bulan 10 yang lepas,alhamdulillah genap setahun perkahwinan kami.Tidak calebrate mana-mana pun kali ini memandangkan saya tidak berapa sihat.Rasa membazir juga pergi restoran mahal-mahal tetapi tak boleh makan banyak sangat..Encik suami pun on jer..lagipun dia baru jer balik dari offshore,masih penat lagi.Cuma sambut dengan berjalan-jalan menghabiskan masa bersama sahajalah.

Alhamdulillah tempoh setahun banyak yang saya pelajari .Tidak dinafikan setiap rumahtanga pastinya akan diuji ,tetapi syukur kerana Allah mempermudahkan segalanya.Paling penting dalam rumahtangga menjaga hubungan dengan Si Pencipta..Dalam masa yang sama perlu ada sifat sabar saling menghargai dan saling bertolak ansur dengan kata lain mudah diajak berbincang bersama pasangan,InshaAllah segalanya akan dipermudahkan.

Suami yang selalu offshore tidak dinafikan memerlukan isteri mempunyai kesabaran yang tinggi dan juga perlu lebih berdikari.Tip yang saya boleh bagi pastikan sistem sokongan kita kuat contohnya keluarga,jiran-jiran dan sahabat-sahabat.Bukan apa ..andai kita perlukan dimasa-masa kecemasan.Untuk menghilangkan rindu kepada pasangan jangan basuh pakaian last dia pakai sebelum dia keluar balik.Gantung tempat biasa kita nampak, agar kita tidak rasakan sangat dia tiada.

Pasangan pun mestilah pandai mengambil hati isteri yang ditinggalkan dengan selalu telifon.Tambahan sekarang mudah dengan adanya wassup.Pabila pulang ambil hati pasangan dan anak-anak dengan tolong kerja rumah ketika berkelapangan,makan diluar atau berjalan-jalan mengikut bajet masing-masing.

Bagi saya dalam hidup ini mestilah win-win situation,situasi menang-menang tidak kira dalam berumahtangga ,bersahabat dan lain-lain.InshaAllah dengan kita mengamalkan ini perhubungan kita akan berjalan lancar.

Semoga perkahwinan ini berkekalan dalam redha-Nya.Letakkan Allah s.w.t dihati dan  pasangan ditangan sebagai amanah,inshaAllah kita tidak akan kecewa .Belajar dan terus belajar.

Sayang abang kerana Allah s.w.t.. ~_^





Nor Raidah Rashid ,Shaklee Independent Distributor
SMS | Call | Whatsapp:
013 – 9708169 

sinergy


Kali ini ak ingin berkongsi dengan teman-teman pembaca tentang sebuah novel yang berkonsepkan mendidik terbitan Galeri Ilmu yang ditulis oleh pegarang muda Hilal Asyraf iaitusinergy”. 

Mungkin pembaca tertanya-tanya .Apa yang dimaksudkan dengan synergy kan?Apa yang dimaksudkan dengan synergy menurut novel ini ialah kekuatan luar biasa yang dihasilkan hasil daripada hubungan antara dua individu yang berteraskan keimanan.

Sedikit tentang pegarang .Beliau terkenal dengan laman sesawangnya langitilahi.com.Bagi ak dalam lamannya lebih bersikap tazkirah dan juga motivasi.

Berkenaan novel ini pula ianya lebih menjurus kepada jalinan persahabatan yang berpaksikan keimanan antara dua orang sahabat Rasyid Zakwan dan Irfan Hakimi ,yang sama-sama berganding bahu bersama –sama teman mereka yang lain ,meyebarkan dakwah kepada masyarakat sekeliling mereka ,terutamanya pelajar Melayu di Jordan iaitu tempat mereka menuntut ilmu.

Walaubagaimanapun, persahabatan mereka akhirnya diuji apabila hadirnya Sara Nasuha.Apa yang menarik bagi ak cara mereka menanganinya, semata-mata untuk menjaga kelangsungan ukhuwwah yang berlandaskan keimanan.

Dalam hal ini ak tertarik dengan kata-kata pegarang “Kita mesti melihat dunia ini dengan jendela akhirat .Maka,kita perlu yakin bahawa dunia ini sementara ,dan apa yang ada didalamnya pastinya akan hancur.Kalaulah cinta tersebut dibina diatas dasar keimanan,maka kita akan redha kalau terlepas si dia yang kita cintai.Bukanlah kita menghendaki redha Allah untuk mendapatkan apa yang kita cinta tetapi kita mendapatkan si dia yang kita cinta untuk mendapat redha Allah ,maka kalau Allah susun kita tidak dapat si dia yang kita cinta.Apakah itu menjadi suatu maslah kepada kita???”Jadikanlah Dunia hanyalah sebagai alat untuk mencapai redhanya.Untuk megetahui lebih lanjut siapakah yang memiliki Sara Nasuha bacalah novel ini ek…~_^ 

Dalam masa yang sama ,hadirnya satu kumpulan bermasalah yang mempunyai agenda mereka mereka tersendiri untuk membuat kacau bilau kesan daripada dendam masa silam .Konflik antara dua sahabat ini adalah peluang keemasan bagi mereka merosakkan persahabatan diantara dua sahabat tersebut. Disini dapat dilihat kefahaman berkenaan dakwah yang melahirkan rasa tanggungjawab saudara sesama islam untuk membawa saudara mereka kembali ke jalan yang benar . “Sesungguhnya,dakwah bermula dengan rasa tanggungjawab”.

Merasakan diri terpilih untuk memikul amanah Allah ,lalu meyampaikan kepada orang lain .Rasa bertanggungjawab inilah yang meyebabkan kita tidak mudah berputus asa.Kita merasakan kalau kita tidak membuat sesuatu ,Allah akan persoalkan kita nanti .Dalam dakwah kita kenalah melihat semua orang berpotensi.Tidak boleh prejudis pada pandangan pertama.

Walaupun sebesar-besar dendam dan selicik-licik Disaster frive ,rupa-rupanya ada insan lain yang lebih besar dendamnya .Malah lebih licik tindakannya,Dia ialah secret……???Untuk megetahui lebih lanjut saya cadangkan pembaca membaca novel ini .InsyaAllah banyak mutiara hikmah yang boleh didapati……..~a.fatima=)

“Kalau benar bersahabat,biar berpimpin tangan merentas syurga,bukan menjadi pengkhianat ,melempar sahabat ke neraka ,maka jadilah pelindung,yang melindungi sahabatnya dari azab seksa”







BICARALAH atas NAMA KASIH


Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah akhirnya dapat juga habiskan buku yang memberi peluang saya belajar mutiara-mutiara ilmu sebagai seorang muslimah.Terima kasih kepada  pengarangnya Ustazah Noraslina Jusin.

Saya cadangkan para muslimah membaca buku ini .InsyaAllah dengan pengalaman penulis yang juga merupakan  isteri seorang yang penceramah yang terkenal di Malaysia(Ust. Zaharuddin Abd Rahman)  ini memberi idea untuk mencorakkan rumahtangga ke arah kehidupan beragama,moga dengannya  lahirnya generasi bertakwa di zaman mencabar ini.

Antara pengalaman yang dikongsi ,pengalaman menjadi seorang ibu,seorang wanita dan juga isteri.InsyaAllah saya percaya ada mutiara ilmu yang kita boleh belajar dari buku ini,lebih-lebih lagi yang sudah berkeluarga dan bakal mendirikan rumahtangga.

"Yang dipendam hapuskanlah,jangan membarah.
Yang ditangisi ,lupakanlah,janganlah dikenang.
Yang dikesali ,maafkanlah, jangan difikirkan lagi.

Inilah kunci bahagia ......

Pendamkan hanya keimanan dan ingatan  manis.
Kenangi  dengan tangisan syukur .
Semoga  cinta terus mekar dalam redha ILAHI"
(Resepi rumahtangga.)

Buku Ulu Yam di Liverpool


Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah

“Macam kenal je buku yang bawah sekali?”,tegur saya pada kenalan fb.

“Ooo buku merah tue ke?  Ulu Yam di Liverpool ,tidak sempat baca lagi,kawan kata best”,balasnya.

“Samalah baru juga beli,harap tidak menghampakanlah..hihi “

Ini perbualan seminggu yang lalu,saya baru saja habiskan buku ini.Tertarik ada yang cakap besh .Bila lihat cetakan untuk tahun 2014 ini saja sudah 3 kali cetak.Mungkin iyerlah kot .


Ulu Yam di Liverpool

“Akak belilah buku nie ..best seller nie..”,kata promoter ketika karnival karangkraf hari tue.

Disebabkan potongan 30 % ,ambil juga lah buku ini.Mungkin dapat belajar sesuatu.

Tidak dapat beli banyak buku takut lari bajet.Cuma buku-buku yang menarik yang lain saya ambil gambar mungkin apabila berkesempatan lain kali boleh beli.Tujuan utama datang pun untuk cari Buku tentang As-Syahid Ammar.

Pada pandangan saya buku ini menarik untuk dibaca.Ia mengisahkan susah payah saudara Naz sekeluarga dalam mencapai kedudukannya pada masa sekarang,bersama isteri tercinta Puan Ain.

Sebagai yang sudah berkeluarga apa yang saya belajar saling tolong menolong sesame suami isteri & faham memahami  .Dalam masa yang sama teruskan bercinta walau ujian melanda.

MASA vs WANG inilah dilema yang bergelar ibubapa.Terpaksa memilih antara dua.

Disini saya kongsikan kata-kata saudara Naz dari buku ini antara yang menarik perhatian saya.

“Dalam hidup ini kita akan temui begitu ramai insan yang singgah dalam perjalanan harian kita.

Ada yang hinggap membawa sinar dan menceriakan diri lalu terus mewarnai denai yang kita lawati,sama-sama menyelusuri lurah kepayahan dan menitiskan air mata gembira bila melihat kejayaan kita raih.
Ada pula yang walaupun hanya hinggap seketika tetapi kehadirannya umpama langau yang penuh niat jahat dan dusta.Hati mereka hitam dan busuk dan tiada niat lain di jiwa mereka selain memporak-perandakan hidup kita.

Kadangkala berselindung di bawah kemunafikan dan penuh rasa ihsan tapi bila disingsing lengan baju,penuh muslihat kejam dan hasad dengki.

Persoalannya tanyalah diri?Dalam ketegori manakah hidup kita?
Ingatlah hidup hanya pinjaman.Akhirat juga yang kekal abadi.Setiap insan jahat yang anda temui dan mengecewakan kita ,Allah s.w.t akan gantikan dengan dua kali insan baik yang akan menenangkan kita.

Jangan bersedih ya teman.Ceria dan senyumlah selaluJ”.

Untuk mengetahui lebih lagi carilah nanti yer.



Ya Allah..

Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan;aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan;aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil;dan aku berlindung kepada-Mu daripada bebanan hutang dan kekerasan manusia..

OUr LoVe JouRney.. Alhamdulillah..

Daisypath Anniversary tickers

My Beautiful Journey Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign