Mama Eyda: 2015

11 June 2015

11 TIPS MAINTAIN SUSU DI BULAN PUASA

Sumber:http://www.cikgususu.com/


Memetik artikel Ramadhan dan Penyusuan Ibu dari laman web IKIM: "Penyelidikan yang dijalankan di Amerika Syarikat juga menunjukkan tiada kesan yang signifikan terhadap pengurangan susu ibu semasa berpuasa di bulan Ramadhan. Badan wanita yang menyusukan bayi akan membuat beberapa penyesuaian metabolik semasa berpuasa untuk memastikan agar pengeluaran susu ibu tidak terganggu. Sungguh hebat penciptaan Allah. Penyusuan susu ibu digalakkan di dalam Islam dan dalam masa yang sama disyariatkan berpuasa dalam bulan Ramadhan."

Ianya normal jika kuantiti susu sedikit berkurang semasa bulan puasa kerana ibu tidak makan dan minum pada siang hari. Pernah dengar frasa susu ibu custom made? Susu ibu akan terus dihasilkan seperti biasa bila ada demand yang berterusan dan komposisi susu ibu yang dihasilkan mengikut apa yang anda makan dan minum. 

Usah risau kekurangan susu sebab badan sendiri akan adjust komposisi susu, walaupun kuantiti sedikit berkurang dari biasa, nutrisi yang terdapat dalam susu ibu pasti masih cukup untuk keperluan bayi anda. Namun begitu anda masih perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan penghasilan susu masih optimum dan tidak berkurang secara mendadak. 


Cikgu galakkan anda mengamalkan tips ini:

1 [MIND SET]

Apa yang kita fikir
Apa yang kita cakap
Apa yang kita rasa dan 
Apa yang kita buat
Adalah hantaran doa kepada Allah

Allah mengikut sangkaan hamba-Nya. 

Tips pada bulan puasa - sentiasa POSITIF bahawa susu ibu pasti ada dan CUKUP untuk si comel kita.

Doa seorang ibu adalah doa yang senang makbul. Selalu saya mengingatkan anda yang pernah hadir ke seminar saya, apa sahaja yang anda lintaskan di hati pasti jadi kenyataan jika Allah ingin memakbulkannya, tak perlu menanti duduk bertelekung di sejadah menadah tangan. 

Bukankah apabila Allah berkata kun (jadilah) fayakun (maka jadilah)? Jika Allah izinkan ia berlaku, bila-bila masa sahaja apa yang anda hajatkan akan jadi kenyataan.

So, be careful with what you wish for, mommies! 

Wish and pray for good things ya!



2 [KEKERAPAN MENGEPAM]

Tambahkan kekerapan mengepam (dan konsisten dengan jadual ini) sebulan sebelum bulan Ramadhan. Ini untuk mewujudkan demand yang tinggi terhadap susu ibu. Ironinya, jika kurang kekerapan maka kuranglah penghasilan susu.

Dengan menambah kekerapan menyusu/ memerah sebulan atau sekurang-kurangnya seminggu sebelum menjalani puasa, anda meningkatkan kadar hormon prolaktin dalam tubuh. 

*Hormon prolaktin kerjanya menggalakkan kilang susu menghasilkan lebih banyak susu.



3 [JADUAL MENGEPAM]

Pastikan ibu mematuhi jadual mengepam setiap hari seperti biasa sepanjang bulan puasa untuk memastikan demand yang berterusan kepada breast

Berikut adalah contoh jadual mengepam di bulan puasa (bagi ibu yang masih buntu atau belum ada jadual mengepam yang konsisten):

Sesi 1 - selepas sahur atau sebelum Subuh. Pada masa ini, hormon prolaktin tinggi, biasanya kuantiti susu lebih meriah berbanding waktu lain. 

Sesi 2 - Pam pada waktu tengahari, jam 12.

Sesi 3 - Pada belah petang sebelum pulang ke rumah.

Sesi 4 - Sebelum tidur (agak-agak jam 11/12 malam)

*Jika ibu rasa terlalu letih untuk mengepam pada siang hari, tambahkan sesi mengepam pada waktu malam. 

PERINGATAN: Banyak demand, banyaklah supply ya!



4 [TANDEM PUMPING]

Bagi membantu anda menjayakan penyusuan sepanjang bulan puasa, pada masa yang sama mendapatkan stok yang cukup untuk bayi sewaktu anda bekerja, saya galakkan anda mengamalkan tandem pumping bila sahaja anda bersama bayi anda. Ya, walaupun pada waktu malam.

Selain melengkapkan penyusuan dan bonding session bersama bayi anda (kerana inilah tujuan utama kita breastfeeding ya mommies), anda masih boleh mengumpul stok dengan cepat. Sambil menyelam minum air lah katanya.

*Tandem pumping tu sebelah menyusu, sebelah memerah ya mommies. Gunakan posisi football hold supaya bayi dan ibu selesa.



5 [POWERPUMPING SEMINGGU SEKALI]

Buat powerpumping sekali seminggu untuk create demand kepada breast ibu (untuk hantar signal kepada badan hasilkan susu yang lebih banyak)Waktu ideal adalah antara jam 12 malam hingga 6 pagi. Ibu pilihlah waktu yang paling lapang dan sesuai dengan ibu. 

Pada waktu ini hormon prolaktin sangat tinggi, jadi kita nak take advantage pada kehadirannya yang 'ramai' tu, maka kilang susu lebih produktif!

# Habis powerpumping, boleh tunaikan Tahajjud atau Qiam pula kan*



6 [PENGAMBILAN AIR]

Kandungan utama susu ibu adalah air. Pastikan ibu minum air yang cukup dari tempoh selepas berbuka puasa sehingga ke waktu bersahur. Ibu digalakkan meminum AIR SUAM dan jika boleh elakkan ais ya! Air suam membantu percepatkan pengaliran bendalir dalam badan. 

Listen to your body mommies. Periksa warna urin anda untuk menentukan anda cukup air atau tidak. Tanda cukup air, urin berwarna jernih dan tidak berbau. Jika urin berwarna keruh dan berbau, bermaksud anda tidak cukup air dalam badan. Hati-hati kerana ia boleh buat anda pitam dan pening kepala pada siang hari.

*Untuk elakkan dehydration pada bulan puasa, minum air suam sebelum & selepas menyusu/mengepam pada waktu malam. Seeloknya, minum 1 gelas air suam, setiap 1 jam. 1 gelas air = 200-250ml sahaja (bukan 1 liter air sekali minum ye). 



7 [REFILL & RECOVER]

Anda telah kehilangan banyak tenaga dan air setiap kali selepas menyusu dan memerah. Jadi setiap kali selepas menyusu/memerah, anda digalakkan makan dan minum. Amalkan ini pada bermula waktu berbuka sehingga waktu sahur ya.

Makanan yang perlu diambil tidak semestinya 2 pinggan nasi lemak atau 3 mangkuk laksa (ini proses menambah lemak dalam badan ~hihihi~). Memadai dengan meminum susu/horlicks/ milo panas bersama roti, pun dah ok ya.

Breast akan cepat refill selepas makan dan minum kerana paras air dan tenaga yang hilang tadi sudah ditingkatkan semula.



8 [JUADAH BERBUKA / PEMAKANAN]

Bulan Ramadhan
Banyak Bazar
Makanan sedap sedap enak enak
Wah rambang mata

Nabi S.A.W mengajarkan kita, bulan Ramadhan adalah pesta ibadat, bukannya pesta makanan ya ibu-ibu.

Hati-hati dalam memilih juadah berbuka ya ibu. Elakkan makanan berminyak dan terlalu pedas. Seeloknya banyakkan makanan yang dimasak dengan cara panggang, rebus atau stim. Ini kerana badan kita akan mengesan makanan berminyak, pedas dan berempah sebagai makanan yang sukar dicernakan. 

Selain mengambil masa yang lama untuk diproses, ia juga akan menggunakan banyak air dalam tubuh kita. Hat air yang kita nak reserve untuk buat susu tu dah diguna dulu untuk cerna makanan-makanan ni. Maka, ia menyebabkan kita kekurangan air

Elakkan mengamalkan diet keras seperti menghentikan pengambilan karbohidrat dan protein pada bulan puasa kerana ianya nutrisi penting untuk menghasilkan susu ibu. 

Tambahkan dengan pengambilan buah-buahan pada waktu malam kerana buah-buahan tinggi kandungan fiber dan mempunyai kandungan jus atau airnya.



9 [KURMA]

Kurma adalah buahan syurga yang amat ajaib untuk ibu mengandung dan menyusukan. Banyakkan memakan kurma selepas berbuka puasa sehingga waktu sahur untuk tenaga berpanjangan.

Buat macam snack aje pun sedap. Breast cepat rasa penuh. InshaAllah. Berikut tips pengambilan kurma saya semasa bulan Ramadhan yang lepas:

1. 3 biji semasa berbuka puasa.

2. 3-5 biji semasa moreh - skip kueh mueh manis leting ya ibu-ibu.

3. 1-2 biji semasa bangun menyusu waktu malam - sebelum tidur sediakan 1 bekas berisi buah kurma dan 1 bekas berisi air suam. 

4. 3 biji sebagai penutup sahur - saya suka buat kurma milkshake untuk sahur.


#Ada disebutkan dalam Al-Quran tentang kelebihan kurma untuk ibu mengandung dan menyusukan..SubhanAllah





10 [BERSAHUR]

Ibu, amalkan sahur setiap hari. Lambatkan sahur supaya makanan yang diambil semasa sahur menjadi sumber simpanan tenaga untuk meneruskan penyusuan dan puasa dengan baik pada siang hari.

Makanan yang amat sesuai untuk ibu menyusu semasa sahur adalah seperti:

- nasi
- kentang
- kurma
- roti
- pisang
- oats
- sup

Kurangkan makanan / lauk yang tinggi kandungan garam, pedas, berminyak dan berempah kerana makanan seperti menjadikan anda cepat merasa dahaga dan letih.




11 [BERTAWAKAL DAN BERSERAH KEPADA ALLAH]

Kita harus berusaha, berserah dan bertawakal kepada Allah. Berdoa dan memohon supaya dicukupkan susu ibu untuk anak dan berdoa dikurniakan rezeki kekuatan dan kesihatan untuk meneruskan puasa dengan baik.

Islam agama yang mudah dan memudahkan. Jika anda mengalami situasi yang menyebabkan anda tidak dapat meneruskan puasa disebabkan komplikasi kesihatan terutamanya, Islam memberi rukhsah puasa buat ibu menyusu.




#Notakaki: Tips ini boleh diamalkan selain dari bulan puasa juga ya. Jom mula sekarang!



Selamat menempuhi ibadah puasa ibu. Ahlan wa sahlan ya Ramadhan!








Cikgu Susu Anda



29 May 2015

Jadual Quranic Homeschooling


Assalamualaikum ..



Ida nak kongsikan dengan semua apa yang kami bincangkan semalam di group mak-mak yang mengamalkan Quranic Homeschooling.Ida dah sikit-sikit aplikasikan dekat Aqil ensem..hihi.

Gunakan masa bayi anak-anak sebaiknya.Walaupun kita nampak dia macam tak de respon,tetapi sebenarnya dia sedang simpan dalam minda luar sedar dia.

0-6 Bulan & 6-12 Bulan



12-18 Bulan & 18-24 Bulan


2-3 Tahun & 3-6 Tahun





Sekarang ramai ibubapa sudah mulai ada kesedaran untuk memperkenalkan huruf-huruf hijaiiyah dulu sebelum huruf rumi pada bayi.Ia boleh didedahkan sejak bayi lagi .Walaupun mereka kecil tetapi mereka boleh mendengar dan menyimpannya dalam memori jangka panjang.InshaAllah dengan usaha yang berterusan dan boleh meyebutnya sebaik saja dia boleh bercakap.

Malah jika anak belum boleh bercakap sekalipun.Jika kita meminta dia tunjukkan satu kad yang biasa kita sebut dia akan lakukannya dengan betul. 

Tip ajarkan huruf hijaiiyah dulu.Setelah anak kuasai perkenalkan pula huruf rumi dan selepas itu perkenalkan huruf hijaiiyah berserta baris .Ini untuk mengelakkan anak keliru.Jangan pula lama untuk setiap sesi dan jadikan ia suatu aktiviti menyeronokkan.

Kita perlu kreatif kerana kadang-kadang dalam mengajar anak yang masih kecil ,mereka yg kines ini sangat suka untuk mengoyak kad imbas yang diberikan .Salah satu cara boleh dilakukan , beri huruf yang  dah kita baca untuknya minta dia letakkan ke dalam bekas .Apapun try and error ,yang penting sampai apa yang kita ingin sampaikan dalam keadaan seronok .

Dari pengalaman Ida mengandungkan Aqil dan biasakan dia mendengar ayat al-quran dari dalam kandungan dan juga doa agar dia condong ke arah agama,nanti Ida kongsikan doa-doa itu.

Kami terkejut ketika dia menangis sampai kami mati kutu untuk memujuknya.Suami tergerak hati nak dengarkan zikir kat Aqil.Kami terkejut dengan respon dia.Aqil terus senyap sambil cari arah bunyi...subhanallah..Allahuakbar..leni pun kalau didengarkan zikir atau ayat quran ,senyap dan dia macam mencari-cari.

Sekarang Ida sedang biasakan dia dengan juz Amma,moga mudah untuknya hafal surah-surah ni.Pagi & malam  tika dia menyusu dan setiap kali selepas mandi .Moga ada perubahan positive..Ameen

Pada Ida kenalkan dulu anak-anak kita dengan pencipta .InshaAllah selamat dunia & akhirat.


sumber foto:Wassup


Terima kasih kerana sudi membaca Jadual  Quranic Homeschooling ,semoga ia bermanfaat.








Cara-cara transfers duit dari cimb cliks ke Tabung Haji

Assalamualaikum

Hi

yessssss......
Semalam akhirnya berjaya juga masukkan duit ke Tabung Haji secara online.Dihujung jari je caranya, itulah malas sangat nak google..hayaa

Tak perlu walk in Tabung Haji dah lah.Alhamdulillah jimat masa .

Disini Ida kongsikan caranya,rm0.53 sen je cas perkhidmatan.


Step 1:Pilih menu Pay.Klik pada Bills.

Step 2:Pilih akaun kita.Kemudian pilih Enter biller name,letak Lembaga Tabung Haji


Step 3:Bila keluar macam yang di bawah .Masukkan no akaun tabung haji dan juga nombor i/c dan jumlah yang ingin dipindahkan.


Step 4:Akan keluar macam di bawah.Pastu korang request TAC...no TAC akan keluar kat handfon kita ...pastu comfirm ...Done ~_^


Selamat mencuba!!

Opsssssssss lupa..cas Rm 0.53 sen yer.

Terima kasih sudi baca catatan cara pindah wang dari cimb clikcs ke Tabung Haji

06 February 2015

Nurraysa Collagen Soap... sabun ajaib ^^



Sabun kolagen dirumus khas dari formula sendiri , keluaran nur aini beauty collagen, 100% organik , bebas dari bahan kimia yg boleh merosakkan kulit, sangat sesuai untuk wanita mengandung yang tercari-cari pencuci muka yg sesuai ketika hamil, dihasilkan melalui campuran glycerin yg menghasilkan buih-buih halus tanpa merosakkan kulit muka & melembabkan kulit wajah.

Pure marine collagen untuk mencerahkan, menegangkan, mengatasi masalah jerawat, & gabungan herba-herba terpilih untuk mengatasi masalah jerawat & parut.
Semua gabungan ramuan khusus untuk mngatasi masalah kulit anda.



Kenapa sabun ini berbeza dengan sabun yang berlambak di pasaran ,antaranya:

1.Ada bintik-bintik air seakan sabun berpeluh jika ditinggalkan semalaman. Itu disebabkan sabun asli, sel-sel rumpai masih hidup dan menghasilkan air.

2.Pada permulaan guna, banyak buih. Tapi semakin tipis semakin kurang buih sebabnya saya tak guna bahan kimia untuk kekalkan sifat peluntur.
Warna semakin berkurangan makin lama guna kerana bahan asli sifat mudah bertindakbalas dengan udara. Kalau pewarna tiruan warna kekal sehingga sabun habis digunakan.

3.Bau wangi semakin lama makin kurang kerana tiada pengawet untuk kekalkan bau tersebut.


4.Bila anda gosok secara lembut dengan kuku bintik-bintik kecil (kotoran minyak tepu) akan keluar dari kulit muka anda dengan mudah

Kegunaan sabun kolagen:

-membantu mencerahkan kulit wajah 
-menjadikan kulit lebih licin & anjal
-melembabkan kulit
-menghilangkan jerawat & parut jerawat
-menghilangkan jeragat
-membantu mengatasi kulit kering & berminyak
-menegangkan kulit wajah
-mngurangkan kedutan di kulit wajah
-menjadikan wajah lebih bersih
-menanggalkan mekap

Cara menggunakan:

- selepas gosok buih sabun di wajah, biarkan 1-2 minit, bilas dengan air

Bahan-bahan:

-glycerin, pure marine collagen, herba, susu kambing, minyak zaiton extra virgin
Berat bersih: 55 gram.

Testimoni:









Kawan-kawan  yang ada masalah kulit, cuba sabun Nurraysa ni dulu sebagai ikhtiar.Allah yg menentukan.Dh beribu testimoni kita dapat.


HARGA PASARAN: 


RM70SM/75SS

HARGA KAMI: RM40
FREE POSTAGE!!


PM/WHATSAPP Ida
013-9708168


P/S:
Saya akan konsult sampai dapat wajah yang kawan-kawan inginkan.InshaAllah  ^_^


15 January 2015

Buku Pink :Tip minum air gula

Fuh selesai juga buat MGTT(Modified Glucose Tolerence Test) ,atau glemer dikalangan ibu mengandung sebagai minum air gula.Sepatutnya 28/12/2014 lagi ida kena minum ,tetapi disebabkan banjir besar yang melanda Kelantan baru-baru ini ditunda kepada tarikh yang baru.Mana tidaknya hampir pinggang air naik di kawasan klinik kesihatan nie.Memandangkan air yang naik adalah air selut,memakan masalah untuk dibersihkan .

Ida  pergi semalam klinik nie dah bersih macam sebelumnya,Cuma susun atur dah tidak macam dulu memandangkan banyak kerusi yang dah kotor dan lain-lain.

Semoga semua mangsa banjir  di pantai timur dimudahkan urusan..( - _-).


07 January 2015

Kehebatan Zikir AL-WAHHAB .... Very Amazing...


Kehebatan zikir ini is very amazing. Alangkah hebatnya zikir al-wahhab ini.

google

Rahsia kehebatan zikir ini baru saya sedar 3 tahun lepas. Apa pun, alhamdulillah. Allah temukan jua RAHSIA ini.


Perjalanan hidup kita tak selalunya indah. Ada masa kita rasa happy, ada masa rasa grumpy, tapi kena set kat otak tak mahu layan cas –Ve” .Banyak lagi cas +Ve yang perlu kita praktis.
Antaranya ialah dengan praktis zikir Al-Wahhab ini.
Maksudnya:
AL-WAHHAB, Yang Sentiasa Memberi. Allah s.w.t.mencurahkan rahmatNya ke atas makhlukNya.Dia Maha Pemberi.

Rahsia kehebatannya:
1->Menjadi kaya dan terkenal
Bila membaca Ya Wahhab 300 kali setiap hari atau selepas setiap solat fardhu,insya Allah anda akan dikurniakan kekayaan,kemakmuran dan kemasyhuran.

Mengamalkan solat sunat Dhuha dan membaca Ya Wahhab 41 kali di sujud yang terakhir,insya Allah anda akan dirahmati dengan harta yang banyak. Peluang akan datang dengan mudah sekali.
2->Permintaan dimakbulkan
Siapa yang membaca Ya Wahhab 7 kali sebelum meminta sesuatu,insya Allah permintaanNya akan diperkenankan.Jika dibaca 100 kali dengan tangan menadah ke langit,doa anda akan dimakbulkan. Ini lah yang saya amalkan semasa berPM dengan customer. Alhamdulillah close sale dan urusan dengan customer lancar sahaja.

3->Mencari pekerjaan
Siapa yang tidak mempunyai pekerjaan atau sangat miskin,hendaklah dia mengamalkan solat sunat,kemudian sujud dan membaca 70 kali Ya Wahhab. Dia akan mendapat makanan tanpa disangka-sangka(dari kawan,jiran atau seumpamanya).

4->Membayar hutang
Jika anda mempunyai hutang yang banyak tetapi tidak ada wang untuk membayarnya, kerjakanlah sembahyang sunat hajat 2 rakaat selepas tengah malam setiap Khamis selepas Maghrib dan Isyak,kemudian memalingkan wajah ke langit dan membaca Ya Wahhab 111 kali. Kemudian hendaklah dia membaca Al-Fatihah dan ini hendaklah dilakukan 3 malam berturut-turut(tiga Khamis).Insya Allah keperluan anda akan tersedia dan hutang akan dapat dilangsaikan.

5->Menjauhi kelaparan
Baca Ya Wahhab 41 kali di sujud terakhir solat Zuhur,insya Allah anda tidak akan merasa lapar.

6->Dimakbulkan doa
Baca Ya Wahhab 7 kali selepas berdoa pada bila-bila masa,kemusykilan anda akan terjawab dan permintaan anda akan diperkenankan,insya Allah.

7->Membebaskan diri
Jika ditangkap oleh musuh atau pendapatan anda tidak mencukupi,bacalah Ya Wahhab 100 kali selama 3 hingga 7 malam selepas solat sunat nafil 2 rakaat di tengah malam.Insya Allah anda akan berasa bebas atau mendapat rezeki yang banyak.
Untuk permulaan kita boleh praktis amal dalam 100x sehari, esok lusa kita up lagi. Lama-lama inshaaAllah zikir a-wahhab ini akan jadi amalan kita.

credit to:Farah Wahida

Ya Allah..

Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan;aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan;aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil;dan aku berlindung kepada-Mu daripada bebanan hutang dan kekerasan manusia..

OUr LoVe JouRney.. Alhamdulillah..

Daisypath Anniversary tickers

My Beautiful Journey Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign