Mama Eyda: January 2015

15 January 2015

Buku Pink :Tip minum air gula

Fuh selesai juga buat MGTT(Modified Glucose Tolerence Test) ,atau glemer dikalangan ibu mengandung sebagai minum air gula.Sepatutnya 28/12/2014 lagi ida kena minum ,tetapi disebabkan banjir besar yang melanda Kelantan baru-baru ini ditunda kepada tarikh yang baru.Mana tidaknya hampir pinggang air naik di kawasan klinik kesihatan nie.Memandangkan air yang naik adalah air selut,memakan masalah untuk dibersihkan .

Ida  pergi semalam klinik nie dah bersih macam sebelumnya,Cuma susun atur dah tidak macam dulu memandangkan banyak kerusi yang dah kotor dan lain-lain.

Semoga semua mangsa banjir  di pantai timur dimudahkan urusan..( - _-).


07 January 2015

Kehebatan Zikir AL-WAHHAB .... Very Amazing...


Kehebatan zikir ini is very amazing. Alangkah hebatnya zikir al-wahhab ini.

google

Rahsia kehebatan zikir ini baru saya sedar 3 tahun lepas. Apa pun, alhamdulillah. Allah temukan jua RAHSIA ini.


Perjalanan hidup kita tak selalunya indah. Ada masa kita rasa happy, ada masa rasa grumpy, tapi kena set kat otak tak mahu layan cas –Ve” .Banyak lagi cas +Ve yang perlu kita praktis.
Antaranya ialah dengan praktis zikir Al-Wahhab ini.
Maksudnya:
AL-WAHHAB, Yang Sentiasa Memberi. Allah s.w.t.mencurahkan rahmatNya ke atas makhlukNya.Dia Maha Pemberi.

Rahsia kehebatannya:
1->Menjadi kaya dan terkenal
Bila membaca Ya Wahhab 300 kali setiap hari atau selepas setiap solat fardhu,insya Allah anda akan dikurniakan kekayaan,kemakmuran dan kemasyhuran.

Mengamalkan solat sunat Dhuha dan membaca Ya Wahhab 41 kali di sujud yang terakhir,insya Allah anda akan dirahmati dengan harta yang banyak. Peluang akan datang dengan mudah sekali.
2->Permintaan dimakbulkan
Siapa yang membaca Ya Wahhab 7 kali sebelum meminta sesuatu,insya Allah permintaanNya akan diperkenankan.Jika dibaca 100 kali dengan tangan menadah ke langit,doa anda akan dimakbulkan. Ini lah yang saya amalkan semasa berPM dengan customer. Alhamdulillah close sale dan urusan dengan customer lancar sahaja.

3->Mencari pekerjaan
Siapa yang tidak mempunyai pekerjaan atau sangat miskin,hendaklah dia mengamalkan solat sunat,kemudian sujud dan membaca 70 kali Ya Wahhab. Dia akan mendapat makanan tanpa disangka-sangka(dari kawan,jiran atau seumpamanya).

4->Membayar hutang
Jika anda mempunyai hutang yang banyak tetapi tidak ada wang untuk membayarnya, kerjakanlah sembahyang sunat hajat 2 rakaat selepas tengah malam setiap Khamis selepas Maghrib dan Isyak,kemudian memalingkan wajah ke langit dan membaca Ya Wahhab 111 kali. Kemudian hendaklah dia membaca Al-Fatihah dan ini hendaklah dilakukan 3 malam berturut-turut(tiga Khamis).Insya Allah keperluan anda akan tersedia dan hutang akan dapat dilangsaikan.

5->Menjauhi kelaparan
Baca Ya Wahhab 41 kali di sujud terakhir solat Zuhur,insya Allah anda tidak akan merasa lapar.

6->Dimakbulkan doa
Baca Ya Wahhab 7 kali selepas berdoa pada bila-bila masa,kemusykilan anda akan terjawab dan permintaan anda akan diperkenankan,insya Allah.

7->Membebaskan diri
Jika ditangkap oleh musuh atau pendapatan anda tidak mencukupi,bacalah Ya Wahhab 100 kali selama 3 hingga 7 malam selepas solat sunat nafil 2 rakaat di tengah malam.Insya Allah anda akan berasa bebas atau mendapat rezeki yang banyak.
Untuk permulaan kita boleh praktis amal dalam 100x sehari, esok lusa kita up lagi. Lama-lama inshaaAllah zikir a-wahhab ini akan jadi amalan kita.

credit to:Farah Wahida

Ya Allah..

Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan;aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan;aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil;dan aku berlindung kepada-Mu daripada bebanan hutang dan kekerasan manusia..

OUr LoVe JouRney.. Alhamdulillah..

Daisypath Anniversary tickers

My Beautiful Journey Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign