Mama Eyda: May 2015

29 May 2015

Jadual Quranic Homeschooling


Assalamualaikum ..



Ida nak kongsikan dengan semua apa yang kami bincangkan semalam di group mak-mak yang mengamalkan Quranic Homeschooling.Ida dah sikit-sikit aplikasikan dekat Aqil ensem..hihi.

Gunakan masa bayi anak-anak sebaiknya.Walaupun kita nampak dia macam tak de respon,tetapi sebenarnya dia sedang simpan dalam minda luar sedar dia.

0-6 Bulan & 6-12 Bulan



12-18 Bulan & 18-24 Bulan


2-3 Tahun & 3-6 Tahun





Sekarang ramai ibubapa sudah mulai ada kesedaran untuk memperkenalkan huruf-huruf hijaiiyah dulu sebelum huruf rumi pada bayi.Ia boleh didedahkan sejak bayi lagi .Walaupun mereka kecil tetapi mereka boleh mendengar dan menyimpannya dalam memori jangka panjang.InshaAllah dengan usaha yang berterusan dan boleh meyebutnya sebaik saja dia boleh bercakap.

Malah jika anak belum boleh bercakap sekalipun.Jika kita meminta dia tunjukkan satu kad yang biasa kita sebut dia akan lakukannya dengan betul. 

Tip ajarkan huruf hijaiiyah dulu.Setelah anak kuasai perkenalkan pula huruf rumi dan selepas itu perkenalkan huruf hijaiiyah berserta baris .Ini untuk mengelakkan anak keliru.Jangan pula lama untuk setiap sesi dan jadikan ia suatu aktiviti menyeronokkan.

Kita perlu kreatif kerana kadang-kadang dalam mengajar anak yang masih kecil ,mereka yg kines ini sangat suka untuk mengoyak kad imbas yang diberikan .Salah satu cara boleh dilakukan , beri huruf yang  dah kita baca untuknya minta dia letakkan ke dalam bekas .Apapun try and error ,yang penting sampai apa yang kita ingin sampaikan dalam keadaan seronok .

Dari pengalaman Ida mengandungkan Aqil dan biasakan dia mendengar ayat al-quran dari dalam kandungan dan juga doa agar dia condong ke arah agama,nanti Ida kongsikan doa-doa itu.

Kami terkejut ketika dia menangis sampai kami mati kutu untuk memujuknya.Suami tergerak hati nak dengarkan zikir kat Aqil.Kami terkejut dengan respon dia.Aqil terus senyap sambil cari arah bunyi...subhanallah..Allahuakbar..leni pun kalau didengarkan zikir atau ayat quran ,senyap dan dia macam mencari-cari.

Sekarang Ida sedang biasakan dia dengan juz Amma,moga mudah untuknya hafal surah-surah ni.Pagi & malam  tika dia menyusu dan setiap kali selepas mandi .Moga ada perubahan positive..Ameen

Pada Ida kenalkan dulu anak-anak kita dengan pencipta .InshaAllah selamat dunia & akhirat.


sumber foto:Wassup


Terima kasih kerana sudi membaca Jadual  Quranic Homeschooling ,semoga ia bermanfaat.








Cara-cara transfers duit dari cimb cliks ke Tabung Haji

Assalamualaikum

Hi

yessssss......
Semalam akhirnya berjaya juga masukkan duit ke Tabung Haji secara online.Dihujung jari je caranya, itulah malas sangat nak google..hayaa

Tak perlu walk in Tabung Haji dah lah.Alhamdulillah jimat masa .

Disini Ida kongsikan caranya,rm0.53 sen je cas perkhidmatan.


Step 1:Pilih menu Pay.Klik pada Bills.

Step 2:Pilih akaun kita.Kemudian pilih Enter biller name,letak Lembaga Tabung Haji


Step 3:Bila keluar macam yang di bawah .Masukkan no akaun tabung haji dan juga nombor i/c dan jumlah yang ingin dipindahkan.


Step 4:Akan keluar macam di bawah.Pastu korang request TAC...no TAC akan keluar kat handfon kita ...pastu comfirm ...Done ~_^


Selamat mencuba!!

Opsssssssss lupa..cas Rm 0.53 sen yer.

Terima kasih sudi baca catatan cara pindah wang dari cimb clikcs ke Tabung Haji

Ya Allah..

Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan;aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan;aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil;dan aku berlindung kepada-Mu daripada bebanan hutang dan kekerasan manusia..

OUr LoVe JouRney.. Alhamdulillah..

Daisypath Anniversary tickers

My Beautiful Journey Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign