Mama Eyda: 2016

21 July 2016

Diskaun 20% Bayaran Balik Pembiayaan PTPTN

Teks:Nor Raidah Rashid

Alhamdulillah khamis lepas Ida sempat sudahkan pembayaran semua bayaran pinjaman PTPTN untuk kejar diskaun 20% bayaran balik .Tawaran ini bermula dari 10 oktober 2014 hinggalah 31 Mac 2015 .Alhamdulillah atas rezeki ,mungkin ini rezeki anak.Di sini Ida kongsi step by step cara pembayarannya.

Langkah pertama:

Ida terus kaunter pejabat PTPTN untuk bertanya baki semasa dan untuk pastikan bayaran sepatutnya andai nak habiskan ketika tawaran ini.Alhamdulillah masa Ida pergi  tidak lah ramai orang mungkin sebab bukan waktu rehat jadi tidak lah  ramai orang.Bagi Ida  sikap staff di Pejabat PTPTN Kb mesra pelanggan .Terima kasih kerana memudahkan urusan kami.

Staf dikaunter akan meminta anda tunggu sebentar dan akan mengira baki setelah ditolak 20 % .Jadi nilai yang kita akan bayar yang sudah ditolak dengan 20%.

Banyak jugalah pengurangan  jadi setelah ditolak baki dalam 11 ribu lebih yang Ida perlu bayar.Baki yang dia bagi itu hanya available sehingga 31 Mac 2015 .

Ida tidak meminjam banyak dengan PTPTN dalam 14 ribu lebih untuk ijazah .Sekadar lepas yuran pengajian ,alaun bulanan abah Ida yang tanggung .Kiranya sepanjang pengajian Ida banyak berjimat cermat lah .


Langkah kedua:

Setelah dapat  tahu baki .Keesokannya Ida buat bank draft(kalau yang berani bawa duit banyak boleh bayar tunai ..hati-hati!!).Ida galakkan pembayaran terus ke kaunter PTPTN .Ida tanya staf situ pun dia galakkan pembayaran terus di kaunter.Lagipun kaunter dibuka sampai malam untuk bagi peluang peminjam mengejar diskaun .

Isi borang pembayaran balik untuk dapatkan diskaun 20% dan bawa sekali kertas yang menunjukkan baki kita di langkah 1 tadi.Staf akan kira andai kita bawa duit tunai / sahkan bank draft tu.Dan akan keluarkan resit pembayaran kita.

Terus minta dia buat surat pelepasan yang mengatakan kita sudah langsai bayar semuanya.Penting tau!!!.Mujur lah adik Ida ingatkan .

Alhamdulillah.Lega hutang dah habis.Moga dimudahkan langsaikan hutang PTPTN suami pula.InshaAllah kalau kita ada niat nak bayar Allah s.w.t akan tunjukkan jalan.Apa yang penting kena atur strategi.Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian.Hidup di bawah kemampuan.Tak gitu!






Ya Allah..

Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan;aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan;aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil;dan aku berlindung kepada-Mu daripada bebanan hutang dan kekerasan manusia..

OUr LoVe JouRney.. Alhamdulillah..

Daisypath Anniversary tickers

My Beautiful Journey Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign