Mama Eyda: May 2017

30 May 2017

Kenangan berpuasa


Teks :Eida Rashid 

Hai! 
Tengok anak - anak kecil berpuasa teringat kenangan awal berpuasa.

Seingat Eida, kami adik beradik berpuasa umur 5 tahun lagi.Paling tak lupa jeles ngan adik yang beza hanya setahun, dia senyap- senyap beli keropok kat kantin masa sekolah rendah.

Apa lagi jadi tukang sibuklah, bagitau kat umi..hahaha.

Abah agak tegas, biasalah orang dulu- dulu.Selagi boleh bangun, sekolah tetap kena sekolah.Samalah dengan puasa.

Yang beshnya duit raya boleh banyak.Sapa  ponteng dia bulih duit raya sikit..kiki

Nak ponteng puasa tak leh lah umi mengajar sekolah sama.Asben lain lak dia cerita, dia mula belajar puasa tika sekoloh rendah.Tue pun curi minum air paip krikkrik

Macam- macam, anak kekgi macammana lah lak.Harapnya mudahlah.

Sekian.Selamat berpuasa uolsss

Asam pedas mudah tapi sedap

Teks/Foto:Eida Rashid 

 

Hai! 
Alhamdulillah menjadi juga resepi asam pedas versi azie kitchen.Dah berape kali buat guna resepi ni asben suka sangat.Resepi asal guna  ikan merah 5 keping/5 ekor ikan.

Jom layannnn.

Bahan-bahan :
1/2 Kilo daging
1 Susu kecil pes asam jawa(Terlebih masam tak sedap)
2 Tomato 
8 Biji Bendi 
2 Sudu Jintan manis -Tumbuk sedap
2 Sudu Ketumbar -Tumbuk sedap
Daun Kesum 3 tangkai
Gula
Garam

Bahan kisar:
5 Ulas Bawang Putih 
8-9 Ulas Bawang Merah 
2 Inci Kunyit hidup
2 Inci Halia 
Cili kering (Ikot kepedasan masing2)
1 Biji Buah Keras 

Cara membuatnya:
Masukkan bahan kisar dan pastikan cili benar- benar pecah minyak.

Masukkan daging & air  asam jawa, gaulkan dengan pes asam pedas tadi.Masukkan air tunggu hingga  daging empuk.Akhir sekali masukkan  bendi & tomato 

Done! Mudahkan



29 May 2017

Resepi Nasi Arab Mudah


Teks/ Foto : Eida Rashid 
#Entri 3


 


Hai! 
Salam Ramadan.Alhamdulillah diberi kesempatan untuk hari yang -3.Semoga ramadan kali ini lebih baik dari tahun- tahun yang sebelumnya.Amin.

Semalam eida berbuka dengan nasi arab.Ajak semua adik beradik makan.Dalam 6 orang je, yang tinggal dekat dengan rumah.Banyak gak lebih bagi adik beradik buat balik untuk sahur.

Ni resepi yang biasa diguna.Ada 2 resepi guna periuk tekanan noxxa & juga rice cooker.

Resepi 1 Guna Periuk Tekanan Noxxa
==========================
⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅
1:Bahan untuk Nasi
⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅
1 kg beras basmati
1 ekor ayam ( perap dulu)
1 biji bawang holland(hiris)
3 sudu tomato puri( tomato pun bulih)
3 sudu rempah arab
3 sudu besar minyak sapi 
Garam sikit
Daun pandan
P/s:Kalau guna beras basmati jumlah air sama dengan jumlah nasi.
P/s2:Minyak sapi boleh tukar dengan mentega & sedikit minyak

Caranya :
Dengan  panaskan periuk noxxa dengan mode stir fry.Masukkan 3 sudu besar minyak sapi,tomato puri dan juga rempah arab.

Bila naik bau offkan dan masukkan nasi,air,garam sedikit ,daun pandan & gaulkan.

Letakkan ayam di atas nasi dan guna mood high pressure selama 25 minit.Ejas kedudukan tombol atas  ke mode pressure yea! 

⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅
2:Bahan Sambal
⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅
1 biji bawang besar merah
1 biji tomato
1 1/2 lemon 
6 tangkai cili hijau 
2 tangkai cili merah
6 biji cili padi
2 batang ketumbar
Garam (1 sudu besar)
Gula (5 sudu besar)
Air stgh dari bahan,ikut cita rasa masing2.

⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅
3:Bahan Salsa tomato
⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅
7-8 sudu tomato(Potong dadu)
1 ulas bawang besar
Timun batang 
Lobak merah
Garam 
Gula

Resepi 2 Guna rice cooker 
===================

Bahan nasi sama cuma eida suka masakkan asingkan dengan ayam.

Cara masak nasi:
Dalam kuali panaskan minyak sapi. Tumiskan bawang dan  juga rempah nasi arab.

Bila naik bau masukkan dalam rice cooker gaulkan dengan beras  & masak macam biasa.

Cara masak ayam:
Ayam yang diperap dengan rempah nasi arab & garam.Letak gula pun ok sikit.Atas citarasa masing2.Masakkan dalam pemanggang ajaib.

Kalau ada pressure cooker  noxxa. Ayam.yang diperap tadi guma mood high pressure 7 minit.Offkan, angkat tombol & keluarkan wap.


Done.
Bukan susah pun.Banyak versi eida belajar.Cuma yang ni basic.Penting sedap kan😉.

Dah try komen yea! 

27 May 2017

Sebab tidak boleh tidur selepas sahur

Tertarik dengan catatan doktor brain iaitu Dr Rizal kesan tidur selepas sahur.

Antara kesannya :
1) Dehidrasi tubuh dan OTAK. Air tidak diserap tetapi di bawa ke pundi kencing.Mulalah terasa dahaga.

2) Makanan yang dimakan tidak diproses seperti sepatutnya. Sisa menjadi toksid. Nutrisi tidak diserap. Perut akan mulai lapar  seawal jam 10 pagi.

3) Interaksi OTAK dan usus terganggu. Seperti lebuhraya tiada kenderaan. Sunyi.

Kita beria ria sediakan makanan bernutrisi tinggi semasa sahur. Mahu tingkatkan kecergasan dan kecerdasan. Malangnya tidur selepas sahur hapuskan semuanya.

Tapi kalau mengantuk juga &  perlu tidur, lakukan selepas 4 jam bersahur.

..........

Bersahur ape hari ni uolsss?
Eida masak biasa- biasa je.Lauk ayam goreng dengan sayur air.Blurrr lagi nak fikir nak masak apa.Supermak dah fikir ke nak masak apa berbuka nanti? 

Cuma dalam kalut- kalut menyediakan juadah berbuka, adakan juga jadual ibadah.Bukan ape rugi lah kan.Tak pasti lagi tahun depan kita akan berpeluang lagi.Yea dak! Nak mudah berbuka kat masjid.Bulih  fokus ibadat teruh 

Oklah Salam Ramadhan 2017 😘

26 May 2017

Hilangkan sihir dengan amalkan surah yassin ayat ke 58

Teks:Eida Rashid 
Foto:Google 
#Entri 1 :Hilangkan sihir dengan amalkan surah yassin ayat ke -58



Dalam hidup kita tak dapat lari dari cemburu orang, yang paling kita tak nak bila  itu berubah menjadi iri hati sehingga  sanggup buat apa saja.Setuju dak? 

Andai kena sihir baca  surah yassin, bila sampai ayat 'Salaamun Qoulan Min Robbirrahim' ayat ke 58, ulang 99 kali sambil niatkan, jika orang hantar sihir dan santau untuk hancurkan kita, maha baik Allah akan pulangkan kepada penghantarnya. 

Seterusnya sambung sampai habis. Percayalah, InsyaAllah tak sampai 99 kali ia sudah dipantulkan.

Sakit dan derita kita akan diangkat tercabut dan dipulangkan kembali. Azab Allah sangat dahsyat, rugilah siapa yang bermain dengan api. 

Ingat janji Allah, yang baik akan di balas baik, yang jahat akan dibalas buruk.

Lagi malang, Allah bukakan aib dan khabarkan siapa penghantarnya. Jika tuan puan tahu, senyum dan sabar saja ya.Yakinlah Allah Maha Berkuasa. 





25 May 2017

Contact Me

Hai!
Eida boleh dihubungi dengan wassup ke nombor 013-970 8169 / pun pm  di Fb Eida Rashid .P/s:Nak cepat respon boleh waasup.
=======================================
Sebarang pertanyaan nak order 
(Supplements Shaklee/Kelap Dara D'Aura/Gstar & VTeen /Aneka Pes& Sambal)
=======================================
1.Sms/wassup Eida di talian 0139708169 
2.Nyatakan Permasalahan anda & Eida akan cadangkan produk yang sesuai .
3.Buat pembayaran ke akaun Maybank (no kaun akan diberikan)
4.Penghantaran. akan dibuat menggunakan pos laju /gdex.

 


SID PRODUK2 SHAKLEE 
Blog :Alamisihat.blogspot.com 
 

DAura KELAPA DARA 
Page:Qaseh Ibu

 

GStar KIDS & VTeen (Tingkatkan IQ & Imun Anak2)
Page: Qaseh Ibu
 

Aneka Pes & Sambal 
Page:Warisan Corner Page & Sambal

Hai! Saya Eida

Assalamualaikum 
Salam kenal.Terima kasih berkungjung ke blog Eyda.Nama glemer Eyda Rashid.Berblog sejak 2011 lagi kalau tak silap.Sekadar meluahkan rasa& menyimpan kenangan.

Banyak posting yang dah dibuang.Yang ada kini posting sesudah ada anak.Minat menulis walaupun merapu hiks2.Hobi lain membaca, kerana membaca membuatkan kita berfikir & dengan ada ilmu kita takkan mudah untuk dibuli,sape setuju😉

Seorang yang positif & berusaha untuk menpositifkan orang sekeliling.Prinsip hidup mencari redha Allah s.wt. dalam setiap tindakan.

Juga seorang isteri pada asben yang penyayang, Engineer o& g.Setelah melahirkan anak sulung mengambil keputusan untuk jadi WAHM sepenuh masa.

Salam ukhwah ❤️ 

Eida Rashid 
Wassup: 013-970 8169
 
dI 

Ya Allah..

Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan;aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan;aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil;dan aku berlindung kepada-Mu daripada bebanan hutang dan kekerasan manusia..

OUr LoVe JouRney.. Alhamdulillah..

Daisypath Anniversary tickers

My Beautiful Journey Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign