Mama Eyda: June 2017

20 June 2017

Ninja Van, Angkat call kalau nak barang

Banyaknya baju yang tak kemas lagi. Dahlah nak balik kampung.

Yang lebih merisaukan ada barang shopping online tak sampai- sampai lagi. Kali ni guna kurier ninja van.

Ni pengalaman saya.

Sebelum ni tak ada masalah.Cuma kali ni, mungkin saya tak perasan diorang dah call saya tak angkat.Terus tak dihantar.

Apa yang saya boleh simpulkan kalau berurusan dengan ninja van 

Wajib angkat call! Kalau mahu barang anda dihantar.

Alhamdulillah lepas tue reschedule balik. Dapatlah barang saya sebelum balik kampung.

Terima kasih ninja van dan juga tulip hijab yang bertanggungjawab.

 
Ninja Van 
 
Yeay..dapat juga buat raya

16 June 2017

Buku Didik Anak Connect dengan Allah

Bedah Buku-Didik anak connect dengan Allah 


 
Siapa Allah?
Di mana Allah? 
Kenapa perlu solat?

Bukan mudah nak terangkan pada anak2 kecil kita.Buku ini ada jawapannya.

Idea dan tip- tip  santai dan mudah untuk didik anak - anak supaya dekatkan  diri dan juga bergantung hanya pada Allah.

Antara  kata- kata yang meyentuh hati saya.

"Mama jangan risau, Allah sentiasa menjaga saya.Selagi Allah ada, tiada apa yang akan bahayakan  saya tanpa izin  Allah s.w.t,kalau ada masalah saya akan adukan segalanya pada Allah".

Saya share salah satu sub topik lain yang meyentuh hati saya, malah saya sendiri dapat belajar darinya.

Allah lebih besar daripada masalah kita.



"Dialah Allah yang hidup dan berdiri sendiri,Allah tidak dipengaruhi rasa.mengantuk dan tidur. KepunyaanNya di langit  dan juga di bumi.Tidak ada yang boleh memberi syafaat kepada orang lain melainkan  mendapat keizinan Allah.

Hebatkan kekuasaanNya berbanding masalah kita.Dia mampu sediakan beribu- ribu jalan untuk kita.

Allahuakbar 

Teks/Foto :Eida Rashid 



10 June 2017

Aqil Story :Ceraikan Susu Badan

Bulan 4 yang lepas cukup Aqil 2 tahun susu badan sepenuhnya. Berjaya juga! Alhamdulillah.Tahniah untuk diri sendiri.

Eh! Tetiba..hehe.

Sepanjang 2 tahun ni, 24 jam lah bersama ibu dia.Untunglah ibu dia WAHM, kalau ibu dulu,  tak dannya 2 tahun.Tok Mi kata sempat 6 bulan je ibu dulu. 

Biasalah, Tok Mi  bekerja, dengan anak rapat- rapat pula.Nak mudahkan urusan bagi susu tepung.

Sepanjang susukan Aqil,alhamdulillah  apa Eida perhatikan anak bf ni susah demam. Kalau demam pun alhamdulillah cepat sembuh.

Mungkin sebab Eida memang pengamal vitamin c shaklee.Ibu makan, anak pun dapat manfaatnya sekali.Jimat dah situ.

Bf ni untungnya sebab tak yah  pening2 nak tukar- tukar susu bila perut anak dah tak ngam dengan mana- mana susu. Belanja pun jimat.Duit tue boleh  buat simpanan masa depan anak.

Manfaat lain bila bf ni,ibu dan anak pun sedap tido.Kan ibu2..hehe

Jangan salahkan kami yea kalau kerja rumah pending, hormon gumbira oxitoxin yang buat..ngeh2

Paling penting bonding antara ibu dan anak makin rapat.

Berbalik kepada tajuk...

Dugaaan nak putuskan susu anak bf ni ketika anak nak tido.Merengek nak susu. Kadang bukan minum pun cuma nak rasa kehadiran ibu dia.

Sebaiknya jangan buat secara drastik.Bagi masa dekat anak.Kesian kat anak dan kesian juga dekat kita,bengkak susu kan nanti..huhuhu

Eida ambil masa dekat 2 bulan selepas besday Aqil bulan April yang lepas.

Dalam 2 minggu bulan pertama.Eida cuba elakkan dia bf waktu siang. Bengkak jugalah susu.Kalau bengkak sangat Eida bagi je sekadar hilangkan bengkak tue, ataupun perah dengan tangan.

Lama kelamaan susu berkurang.Tak sampai seminggu rasanya bengkak susu.
Lega lah sikit susu dah berkurang.Dalam masa yang sama bagi makan banyak- banyak dan bagi susu tepung dengan cawan.

Kadang siang dia nak juga bf , nampak je tanda, cepat- cepat letak bawang putih. Boleh tahan baunya, ibunya sekali pening. Ada cuba juga  letak benda lain, tapi 
semua tak berjaya,selamba je dia minum.

Nak letak apa dekat puting? 
Letak benda anak tak suka.Ada letak asam jawa, ubat gigi.

Apa yang Eida perhatikan ketika ni, bila dah tak tidur siang, silap sikit boleh taham mengamuk..huhu.Layankan je lah, kentalkan hati.

Kalau dah start nak putuskan susu anak jangan buat separuh jalan.Lagi stress nak start balik.

Minggu seterusnya, bila berjaya tak menyusu waktu siang. Barulah Eida bertegas tak bagi waktu malam. Letakkan bawang putih ketika nak tidur pula.

Yang ni memang perlu kesabaran tinggi. Mengamuk tu sudah pasti, seminggu jugalah, tu pun ketika Aqil bangun tengah malam mencari susu, Eida bagi lah juga.Air masak memang pastikan sentiasa ada.

Ketika ni, pastikan bagi anak makan banyak- banyak sebelum tidur.Takdelah dia mencari susu kerap sangat  di tengah malam.

Ade juga sekarang kadang dia minta tengah malam.Eida letak minyak panas bila nampak dia nak bf.Bau je minyak dia terus tak jadi, sambung tido balik 

Teks:Eida Rashid 
Foto : Google .



03 June 2017

Membaca & Menulis Sebagai Terapi

Membaca & menulis sebagai terapi

Minggu ni saja habis seratus lebih untuk buku . Kadang tak sempat baca semuanya dah beli baru . 

Memang  gila sikit kalau tengok buku . Kalau beratus habis beli buku dan buku itu berbaloi , takkan rasa rugi. Kadang beli dulu risau dah takda cetakan ulangan .

Bukan semua buku dibeli .Semuanya survey dulu . 

Kalau ronda- ronda kedai buku , Eida akan baca dulu 3 tajuk barulah pilih mana yang nak beli. Sebab masa itu emas , tak nak lah habiskan pada buku yang tak berkualiti .

Memandangkan kini dah jadi mak . Kebanyakan buku yang ada tentang pendidikan anak- anak , homescholling uruskan stress & juga tentang pelaburan. 

Kadang kena baca juga di luar bidang kita supaya otak & cara pandang kita berkembang.

Bila minat membaca timbul?
Entahlah , mungkin sebab membesar tanpa tv di rumah. Bosan gaduh- gaduh manja ngan adik beradik , ambik buku hilangkan bosan . Lama- lama lekat jadi tabiat .

Lagipun hobi membaca ni tak rugi . Boleh claim lhdn kan ... hehe.

Dalam baca buku bukan semua benda kita boleh terima bulat- bulat . Terutama yang bersabit dengan aqidah . 

Yang ni kalau musykil kena bertanya. Tentang agama seelok- eloknya kena berguru . Kalau tidak syaitan yang akan jadi guru kita.

Pilihan  bacaan pun pastikan hati- hati , kerana pembacaan juga membentuk cara pandang kita tentang sesuatu. Banyakkan bacaan positif .

Nak anak minat membaca?
Ni dari pembacaan .Biasakan mereka dengan buku. Timbulkan minat dulu sejak kecik . Bangun tengok buku , tidur tengok buku . Lama kelamaan dia akan tertarik . 

Jadikan buku juga sebagai hadiah . Biasakan dengan pesta buku & kedai buku. Biarlah mereka beli komik pun , raikan saja . 

Dengan membaca juga kita akan kaya sebenarnya. Tidak kaya duitpun , kita akan kaya jiwa . Kenape? 

Dengan ilmu kita akan melihat yang terjadi dalam hidup dengan sudut positif & tak mudah melatah . Yang beshnya , dengan ilmu juga kita boleh elak dari terus langgar dinding terutamanya kalau buat bisnes. 

Sekian. 

Teks/Foto: Eida Rashid

 

Ya Allah..

Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan;aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan;aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil;dan aku berlindung kepada-Mu daripada bebanan hutang dan kekerasan manusia..

OUr LoVe JouRney.. Alhamdulillah..

Daisypath Anniversary tickers

My Beautiful Journey Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign