Mama Eyda: Ragam Hidup-Kes Buli

08 June 2017

Ragam Hidup-Kes Buli

Sedihkan kes-kes buli akhir-akhir ni.Dibuli tanpa rasa belas kasihan beramai- ramai.Melihat kepada kronologi kes terbayang kesakitan mangsa. 

Apatah lagi perasaan ibubapa mangsa.Anak harapan keluarga.

Kami suami isteri pun ada kisah dibuli.

Kisah saya panjang,malas nak bercerita, lagipun tak cedera fizikal.

Lain pula kisah asben.

Sebelum masuk ke sekolah teknik,suami bersekolah agama.Masuk sekolah teknik lepas PMR  kerana minat aliran teknikal.

Alkisahnya,ketika tingkatan  4 kerana dia lebih banyak terlibat dengan aktiviti surau. Ade senior tak puas hati, nak paksa masuk geng dia.

Suami buat berkeras, akhirnya ketua geng dia cucuk rokok kat tangan.Nampak suami berkeras juga, dia mengalah.Alhamdulillah.

Sebenarnya suami saja je tak nak balas,padahal suami memang ada ilmu silat.Malas nak panjangkan  cerita, tu yang dia bertahan.

Rasanya kes buli ni sejak dulu lagi.Cuma sekarang lebih ekstrim sampai bunuh bagai.Allahuakbar, dimanalah sifat manusiawi.

Kadang benda ni silap ibubapa sendiri.

Kebayakannya jadi pembuli ni  berpunca dari didikan ibu bapa tu sendiri. 

Misalnya anak pergi bermain dan tolak anak orang sampai jatuh, ada sesetengah ibu  bapa membiarkan anak mereka menolak kawannya.

Dia akan kata,"Biasalah budak- budak?".

Sepatutnya ibu atau bapa marah anak kita dan suruh anak minta maaf dengan kawan dia. 

Sifat tidak hormat terhadap orang lain sudah dipupuk dari awal. Semoga kita terjauh dari sikap ibubapa tidak prihatin ni.

Bila diperhatikan.

Pembuli ni takkan kemana.Hadaplah doa orang yang dianayai.Doa mereka tiada hijab.

Semoga anak- anak dijauhkan sikap sebagai pembuli.

Teks:Eida Rashid 
Foto :Google 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen .. Salam ukhwah

Ya Allah..

Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan;aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan;aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil;dan aku berlindung kepada-Mu daripada bebanan hutang dan kekerasan manusia..

OUr LoVe JouRney.. Alhamdulillah..

Daisypath Anniversary tickers

My Beautiful Journey Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign